Banjir Kilat Papua: Presiden Halimah, PM Lee ucap takziah
Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengucapkan takziah di atas banjir kilat di Papua, Indonesia.

Daerah Sentani dekat Japayura, Papua di Indonesia dilanda banjir kilat. (Gambar: Netty Dharma Somba/AFP)
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengucapkan takziah di atas banjir kilat di Papua, Indonesia.
Banjir yang melanda pada lewat Sabtu (17 Mac) mengorbankan 77 orang. Berpuluh-puluh orang masih hilang.
Dalam surat bertarikh 18 Mac, Puan Halimah berkata beliau berasa sedih mendengar tentang kehilangan nyawa, kecederaan dan kemusnahan akibat banjir kilat itu.
"Singapura berdiri erat bersama Indonesia dalam tempoh ini. Kami yakin akan keupayaan Indonesia untuk mengatasi bencana yang malang ini," tulisnya.
"Beritahulah kami jika Singapura dapat membantu dengan apa-apa cara."
Dalam suratnya, PM Lee berkata bahawa Singapura bersedia untuk membantu.
"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya sampaikan takziah mendalam kepada keluarga-keluarga dan masyarakat yang terjejas," katanya.
"Saya amat yakin bahawa pemerintah Indonesia akan melaksanakan usaha-usaha bantuan dengan kekuatan dan ketabahan," tambah PM Lee.
"Kami berdiri erat dengan rakyat Indonesia dan bersedia untuk membantu."
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan kedutaannya di Jakarta sedang memantau situasi dengan teliti sambil menambah bahawa tiada laporan sejauh ini tentang rakyat Singapura yang terjejas oleh banjir kilat itu.
Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan atau pejabat tugas MFA di:
Kedutaan Singapura di Jakarta
Tel: +62-(21) 2995-0400 / +62-811 863-348
Emel: singemb_jkt [at] mfa.sg
Pejabat Tugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tel: +65 6379 8800/8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
LAPORAN BERKAITAN:
Angka korban banjir Indonesia cecah 77 orang
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.