Banjir kilat di Tanjong Pagar, Boon Lay susuli hujan lebat
Banjir kilat dilaporkan di bahagian barat dan tengah Singapura menyusuli hujan lebat petang ini (24 Jan).
Banjir di Outram Road kelihatan dari bangunan Tan Boon Liat. (Gambar: pembaca Channel NewsAsia)
SINGAPURA: Banjir kilat dilaporkan di bahagian barat dan tengah Singapura menyusuli hujan lebat petang ini (24 Jan).
Agensi Air Kebangsaan PUB menyatakan dalam amaran yang dikeluarkan secara berasingan hari ini bahawa banjir kilat berlaku di Jalan Boon Lay/International Road pada pukul 5.15 petang dan Craig Road pada pukul 5.16 petang.
Rakaman video yang dikirimkan oleh pembaca Mediacorp Daeun Amy Yoo menunjukkan tayar kenderaan separuh tenggelam dalam banjir, dengan paras air naik sehingga buku lali di Tanjong Pagar Road.
Gambar-gambar yang dikirimkan oleh seorang lagi pembaca, yang enggan namanya didedahkan, menunjukkan kawasan Outram Road dinaiki air berlumpur.
Hadangan-hadangan dari tapak binaan berdekatan juga kelihatan beralih dari tempat asal dan hanyut ke bahagian tengah jalan raya, menghadang kenderaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.