Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir kilat di Pasir Ris; beberapa kawasan berisiko dek paras air longkang, terusan cecah 90%

Beberapa kawasan di Singapura pagi ini (20 Ogos) dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di Pasir Ris; beberapa kawasan berisiko dek paras air longkang, terusan cecah 90%

Sekitar banjir kilat di Pasir Ris Drive 12 menghala ke TPE pada pagi 20 Ogos. (Gambar-gambar: Jab/Facebook)

SINGAPURA: Beberapa kawasan di Singapura pagi ini (20 Ogos) dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat.

Menerusi satu catatan di Facebook pada 7.58 pagi, agensi air negara PUB memaklumkan tentang banjir kilat di jalan susur Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12 menghala ke TPE.

Ia menambah bahawa para pegawai PUB sudahpun dikerah ke lokasi tersebut untuk menghulurkan bantuan.

Tidak lama selepas itu, PUB memberi kemas kini tentang kawasan-kawasan lain yang berisiko dilanda banjir kilat selepas paras air di longkang-longkang dan terusan-terusan didapati mencecah 90 peratus.

Berikut lokasi-lokasi yang disenaraikan:

• Siang Kuang Ave (Unit 35)
• Upper Paya Lebar Road
• Lor Gambir/Gambir Walk
• Puay Hee Ave/ Siak Kew Ave
• Lr 2 Toa Payoh (Blk 122)
• Langsat Road/ Lor 105 Changi
• Macpherson Rd/ Playfair Rd
• Mt Vernon Rd
• Playfair Rd OD (Bartley Rd East)
• Jln Lokam/ Upp Paya Lebar Rd

PUB turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak kawasan-kawasan berkenaan buat tempoh sejam ini.

Gambar-gambar dan video-video yang disebarkan di media sosial menunjukkan air naik mencecah hampir ke paras atas roda kenderaan ekoran banjir kilat di Pasir Ris Drive 12 menghala ke TPE.

Seorang saksi, Ashvin Joe yang tinggal di Pasir Ris Street 71 memberitahu BERITAmediacorp bahawa beliau mengambil gambar-gambar tersebut daripada jejantas di Pasir Ris Drive 12 S21.

Beberapa kenderaan terkandas disebabkan banjir kilat itu. (Gambar-gambar: Jab/Facebook)

Menerusi gambar-gambar yang tular itu juga sebilangan kenderaan dilihat terkandas di tengah-tengah takungan banjir kilat tersebut dan menurut laman Facebook, Jab, terdapat kenderaan-kenderaan yang enjinnya mati. 

Menurut laman Facebook itu, jalan keluar ke Pasir Ris Drive 12 sudahpun ditutup. Ia turut menasihati orang ramai agar memandu dengan selamat.

"Keadaan agak buruk. Jangan datang ke kawasan ini," tulis seorang lagi pengguna, Suriati Abdullah di Facebook selepas kereta suaminya dapat dielakkan daripada memasuki kawasan banjir kilat itu.

"Alhamdulillah suami dan keretanya berjaya keluar dari zon berbahaya."

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan