Banjir kilat di kawasan Bukit Timah disebabkan hujan lebat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Banjir kilat dilaporkan di kawasan Bukit Timah pada Ahad (29 Dis) akibat hujan lebat.
Menurut agensi air negara, PUB, sejumlah kawasan di Singapura mengalami hujan lebat pada Ahad petang.
Banjir kilat berlaku di sepanjang Dunearn Road dan Bukit Timah Road berdekatan King Albert Park pada kira-kira pukul 5.00 petang disebabkan paras air yang tinggi di longkang berdekatan dan Terusan Bukit Timah.
"Pasukan tindak balas pantas PUB dikerah sebelum hujan berlaku dan menutup lorang yang terjejas, mengawal trafik untuk elak banjir," tulis agensi itu melalui catatan Facebook pada Ahad petang.
Banjir kilat tersebut read dalam 20 minit.
PUB menarik perhatian bahawa kawasan Bukit Timah sering banjir dan kerja-kerja memperbaiki longkang sudah dijalankan di Terusan Bukit Timah dan Terusan Lencongan Pertama Bukit Timah sepanjang sedekad lalu.
Kerja-kerja untuk melebarkan dan mendalamkan terusan Bukit Timah sepanjang 900m - dari Jalan Rifle Range ke Jalan Kampong Chantek - sebagai langkah jangka panjang untuk meningkatkan perlindungan banjir di kawasan itu, juga sedang dijalankan. Ia dijadual siap menjelang 2026.
Agensi tersebut juga mengeluarkan amaran risiko banjir untuk hampir 20 lokasi, termasuk Bukit Timah dan Toa Payoh, serta kawasan barat dan tengah seperti Choa Chu Kang dan Chinatown.
Curahan hujan paling banyak sebanyak 134.6mm dicatat di tengah Singapura dari pukul 3.15 petang hingga 5.25 petang.
Jumlah itu adalah kira-kira 41 peratus daripada purata hujan bulanan Singapura pada bulan Disember dan berada dalam 1 peratus teratas rekod hujan harian maksimum sejak 1978.
"Disebabkan monsun timur laut yang berlaku, hujan lebat boleh dijangkakan pada tempoh ini," tambah PUB.
"Ribut yang berlaku secara tiba-tiba dan kuat boleh menjejas terusan dan longkang kita untuk sementara waktu, menyebabkan banjir kilat, yang biasanya reda dalam masa sejam."
Orang ramai dinasihatkan menggunakan aplikasi MyENV dan saluran Telegram PUB Flood Alerts untuk menerima amaran tentang hujan lebat, mengelak lokasi berisiko banjir dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang amaran banjir.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.