Banjir kilat di Changi, Bedok & Tampines; kereta separuh tenggelam di Paya Lebar Square
Hujan lebat pagi ini (8 Jan) menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Singapura.
SINGAPURA: Hujan lebat pagi ini (8 Jan) menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Singapura.
Dalam beberapa kiriman Tweet dari agensi air negara PUB sejak dari pukul 9.20 pagi, ia memberi amaran mengenai banjir kilat di Jalan Nipah, di persimpangan antara Sim Avenue dengan Eunos Road 8 serta Tanjong Katong Road.
PUB juga mengeluarkan amaran banjir kilat bagi Arumugam Road, persimpangan antara Bedok Road dengan Upper Changi Road East, persimpangan antara Upper Changi Road dengan Bedok North Avenue 4 dan simpang Tampines Avenue 12.
Rakaman video yang dikirimkan oleh seorang pembaca Mediacorp menunjukkan keadaan banjir di Paya Lebar Square di mana sebuah kereta boleh dilihat separuh tenggelam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.