Banjir kilat di beberapa bahagian SG lepas hujan lebat pada waktu petang
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang pegawai pasukan bertindak pantas PUB mengarahkan trafik pada Apr 13, 2025. (Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Hujan lebat turun di seluruh negara pada tengah hari Ahad (Apr 13), mencetuskan banjir kilat di beberapa bahagian Singapura, menurut agensi air negara PUB.
Dalam catatan di Facebook, PUB menyatakan pihaknya mengeluarkan amaran risiko banjir untuk 13 lokasi, termasuk di Punggol, Yishun, Toa Payoh dan Bukit Timah. Hujan lebat menyebabkan air naik tinggi di longkang dan sungai.
Banjir kilat terjadi di Yishun Avenue 7 (dekat persimpangan Yishun Street 22), di Punggol Way (susur keluar ke Ekspreswe Tampines), dan di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (di susur keluar ke Buangkok East Drive).
"Pasukan bertindak pantas PUB dan kru pemulihan kenderaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) serta polis trafik dikerahkan untuk hulurkan bantuan kepada para pemandu,"menurut PUB.
Banjir di ketiga-tiga kawasan itu reda dalam masa sejam, tambahnya.
Hujan paling lebat sekitar 114 milimeter direkodkan di bahagian utara Singapura antara pukul 12.55 tengah hari dengan pukul 2.45 petang.
Ini sejajar dengan purata bulanan kadar turun hujan Singapura iaitu 47 peratus, dan berada di kedudukan 2 peratus tertinggi dalam rekod maksimum turun hujan harian sejak 1978, menurut PU

Sumber : CNA/AY/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.