Banjir kilat berdekatan Bugis, amaran dikeluarkan bagi beberapa lokasi
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di Ophir Road berdekatan Bugis pada Ahad (17 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: PUB)
SINGAPURA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di Ophir Road berdekatan Bugis pada Ahad (17 Nov).
Amaran banjir kilat juga dikeluarkan bagi beberapa lokasi merata Singapura, sehari selepas daerah barat laut mencatat jumlah hujan harian paling tinggi dalam 46 tahun.
Ia berlaku sehari selepas daerah barat laut Singapura mencatat jumlah hujan harian tertinggi dalam tempoh 46 tahun.
Agensi air negara PUB mengeluarkan satu makluman pada kira-kira 1.30 petang, sambil menyatakan hujan lebat dijangka turun di kawasan utara, selatan dan barat Singapura.
Dalam satu kemas kini yang dimuat naik ke wadah X pada 2.08 petang pula, PUB memberi amaran berlaku banjir kilat di Ophir Road. Agensi itu turut menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan.
"Para pegawai PUB telah dikerahkan untuk menghulurkan bantuan," tambah PUB.
Pada 2.45 petang, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan amaran banjir kilat bagi ECP (menghala Bandar) di laluan masuk Ophir Road.
PUB turut memberi amaran tentang risiko banjir kilat di beberapa lokasi berikut:
- Tanjong Pagar Road, Craig Road
- Upper Hokkien Street dan South Bridge Road
- Jalan Boon Lay, dari Enterprise Road ke International Road
Pada Sabtu (16 Nov), amaran banjir kilat dikeluarkan bagi 10 lokasi di merata Singapura, dengan paras hujan tertinggi sebanyak 108.4 milimeter dicatatkan di bahagian barat laut negara, antata 2.10 petang dengan 4.00 petang.
Jumlah yang dicatat adalah sekitar 43 peratus purata hujan bulanan pada November, dan terletak dalam julat 3 peratus tertinggi bagi rekod hujan harian maksimum sejak 1978, menurut PUB.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.