Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan Sultan Iskandar tutup satu zon pelepasan kereta bagi kerja naik taraf

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemandu dari Singapura yang merancang ke Malaysia melalui Koswe boleh menjangkakan masa menunggu lebih lama disebabkan kerja-kerja naik taraf di salah satu zon pelepasan kereta.

Zon D ditutup mulai Rabu (26 Okt) sehingga semua kerja naik taraf selesai.

Demikian menurut pihak berkuasa imigresen Singapura dalam catatan Facebook sambil menambah zon lain masih beroperasi.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga mengongsi catatan Facebook mengenai hal yang sama oleh Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Dalam catatan itu, pihak berkuasa Johor Bahru menyatakan Zon A,B dan C di pusat pemeriksaan masih beroperasi semasa kerja-kerja naik taraf.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh siap kerja naik taraf tersebut.

ICA dan BSI menarik perhatian bahawa pelawat juga boleh menggunakan Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua.

Ini bukan kali pertama Zon pelepasan kereta D ditutup untuk kerja-kerja naik taraf.

Pada Ogis lalu, ia ditutup selama lima jam untuk membolehkan papan tanda elektronik dipasang.

Zon C baru dibuka semula pada 13 Oktober selepas ditutup selama dua bulan, menurut pengerusi Jawatankuasa Kerja, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor.

Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh menambah di Facebook bahawa beliau telah mengarahkan kerja-kerja naik taraf di zon yang lain dipercepatkan.

Kerja-kerja peningkatan juga sedang dijalankan di dewan ketibaan bas di Bangunan Sultan Iskandar.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan