Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan runcit dekat stesen MRT boleh dapatkan dana sediakan kemudahan bagi pengayuh basikal

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan runcit dekat stesen MRT boleh dapatkan dana sediakan kemudahan bagi pengayuh basikal

Gambar: MCI

Diterbitkan : 05 May 2022 03:26PM Dikemas Kini : 05 May 2022 06:01PM

SINGAPURA: Bangunan runcit dalam jarak 400 meter dari stesen MRT kini boleh mendapatkan geran untuk membina kemudahan-kemudahan yang memberi manfaat kepada mereka yang berjalan kaki atau berbasikal.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (5 Mei).

Geran Pengguna Aktif Pengangkutan Awam itu buat masa ini meliputi pejabat, taman perniagaan dan pembangunan industri. Sebanyak 14 pembangunan sedemikian sudah menerima geran setakat ini.

Geran tersebut diperkenalkan pada 2017 "untuk menggalak para pemaju menyediakan kemudahan di hujung perjalanan untuk mereka yang mengamalkan perjalanan ulang-alik aktif sebagai menyokong visi Walk Cycle Ride kami", menurut LTA.

Para pemaju boleh membuat tuntutan bagi kemudahan-kemudahan di hujung perjalanan seperti lokar, kemudahan meletak basikal dan kemudahan-kemudahan lain berkaitan basikal seperti seperti tempat membaiki basikal.

Pembangunan runcit tidak akan dapat membuat tuntutan bagi pembinaan bilik mandi dan/atau kemudahan-kemudahan untuk membersihkan diri.

"Apabila kami mempunyai kemudahan bagi hujung perjalanan ini, ia memudahkan pengguna alat pergerakan aktif (seperti pengayuh basikal) untuk meletak basikal dan mengakses peranti pergerakan aktif mereka dan membersihkan diri selepas perjalanan mereka.

"Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan jenis pengangkutan aktif untuk membuat melengkapkan perjalanan mereka, proses itu menjadi lebih lancar, mudah dan selesa," menurut LTA.

Laluan berbasikal di seluruh pulau juga akan diperluas kepada sekitar 1,300 kilometer menjelang 2030 di bawah program Rangkaian Berbasikal Seluruh Pulau.

"Kemudahan itu juga penting dalam menggalakkan perjalanan ulang-alik yang aktif", tambah LTA.

Had pembayaran balik bagi geran tersebut kekal tidak berubah, dengan LTA membiayai bersama "sehingga 80 peratus daripada kos pembinaan bagi kemudahan di hujung perjalanan dan sehingga maksimum S$80,000 bagi setiap pembangunan," menurutnya.

Permohonan bagi Geran Pengguna Aktif Pengangkutan Awam itu akan dibuka dari 5 Mei 2022 hingga 30 Jun 2023.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan