Bangunan perindustrian di Tampines terbakar; SCDF kerah 3 kereta bomba dan 2 ambulans
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kebakaran tercetus di sebuah bangunan perindustrian dua tingkat di Tampines pada Jumaat (9 Mei).
Api dan asap tebal kelihatan sejauh flat-flat di estet Simei, yang turut melaporkan abu yang dibawa tiupan angin dari tapak kebakaran.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), hanya seorang mengalami cedera ringan dan menolak untuk dihantar ke hospital.
Premis yang terbakar juga dinilai sebagai tidak stabil.
SCDF menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu di 18 Tampines Street 92 pada pukul 12.50 tengah hari, sambil menambah bahawa ia sedang memadamkan kebakaran menggunakan lima jet air.
Gambar di laman Facebook SCDF menunjukkan asap berkepul-kepul keluar dari tingkap TC Homeplus, sebuah syarikat yang mengedarkan perkakas rumah dan kain linen.
Video dan gambar lain menunjukkan kepulan asap hitam yang tebal dari tempat kejadian iaitu berhampiran SAFRA Tampines dan tidak jauh dari Tampines Mall.

Seorang pembaca Mediacorp yang tidak mahu namanya didedahkan berkata beliau dan rakan sekerjanya, yang bekerja bertentangan dengan gudang yang terbakar, telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu selepas mesyuarat.
Mereka diarahkan supaya mengosongkan bangunan pejabat mereka pada sekitar pukul 1.20 tengah hari, tambahnya.

Seorang lagi pembaca Mediacorp berkata dia melihat tiga kereta bomba dan dua ambulans di tempat kejadian, dan api masih marak setakat pukul 1.30 tengah hari.
"Banyak abu sudah masuk ke flat di sini disebabkan oleh arah tiupan angin," kata Cik Caroline Bone, yang melihat asap dari flatnya di Simei Street 1.
Asap juga boleh dilihat dari Hospital Besar Changi di Simei Street 3 dan Politeknik Temasek di Tampines Avenue 1.

Sumber : CNA/zl
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.