Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan Kementerian Sekitaran di Scotts Road ditutup atas 'sebab keselamatan'

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Kementerian Sekitaran di Scotts Road ditutup atas 'sebab keselamatan'

(Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 23 Aug 2023 02:51PM Dikemas Kini : 23 Aug 2023 04:17PM
SINGAPURA: Bangunan Kementerian Sekitaran, yang menempatkan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan lembaga berkanun Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan agensi air PUB, ditutup pada Rabu (23 Ogos) atas "sebab keselamatan".

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menulis di Facebook bahawa beliau menerima berita mengenai "keadaan keselamatan" di bangunan terletak di 40 Scotts Road.

"Polis sedang bekerjasama dengan pegawai keselamatan di tapak berkenaan bagi siasatan awal dan tiada barang mencurigakan ditemui," katannya sekitar pukul 1.00 tengah hari tadi.

"Saya sedang memantau perkembangan dengan teliti dari Laos dan sedang berhubungan dengan rakan sekerja saya."

Dalam emel yang dilihat Mediacorp, pengurusan kemudahan bangunan tersebut menyifatkan "keadaan kecemasan" yang menyebabkan bangunan itu "ditutup", sebelum mengumumkan bangunan itu akan ditutup bagi baki minggu ini.

Kira-kira pukul 9.00 pagi pada Rabu(23 Ogos), sejumlah sumber memberitahu Mediacorp tentang keadaan yang sedang berlaku di bangunan tersebut, dengan orang ramai dibenarkan keluar namun tidak dibenarkan masuk.

Kakitangan MSE menerima emel sekitar jam 10.00 pagi yang memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kecemasan dan bangunan itu sedang ditutup, namun mereka dibenarkan untuk meninggalkan bangunan itu jika perlu.

Para pegawai polis dan lima buah kereta polis dilihat di tempat kejadian, dan orang ramai dilihat meninggalkan bangunan itu dengan tenang dan berkumpul di luar kawasan bangunan.

Orang ramai di kafeteria bangunan itu tidak dibenarkan makan di dalam dan hanya boleh membungkus makanan mereka.

Satu emel dihantarkan kepada kakitangan MSE pada kira-kira 12.20 tengah hari menyatakan bangunan itu akan ditutup sepanjang minggu ini.

"Polis sudah meninggalkan bangunan," tambah emel itu.

"Untuk hari ini, anda boleh makan di kafeteria dan tidak dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan