Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan biskut terkenal Khong Guan, Jurong Town Hall diiktiraf atas pemuliharaan luar biasa

Dua buah bangunan sudah mendapat pengiktirafan kerana kerja-kerja pemuliharaannya yang luar biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan biskut terkenal Khong Guan, Jurong Town Hall diiktiraf atas pemuliharaan luar biasa

Bangunan ibu pejabat syarikat biskut jenama tempatan yang terkenal, Khong Guan.

Diterbitkan : 18 Nov 2018 07:02PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 10:25PM

SINGAPURA: Dua buah bangunan sudah mendapat pengiktirafan kerana kerja-kerja pemuliharaannya yang luar biasa.

Pengiktirafan itu diberikan semasa Anugerah Reka Bentuk Warisan ke-24 baru baru ini.

Salah satunya adalah bangunan ibu pejabat syarikat biskut jenama tempatan yang terkenal, Khong Guan.

Bangunan berusia 66 tahun ini masih teguh sungguhpun beberapa perubahan telah dibuat ke atas reka bentuknya.

Ini termasuk pembinaan bangunan tambahan setinggi lapan tingkat .

Gandingan reka bentuk lama dan baru itu menjadi ciri pentingnya sekarang, sedang perniagaan syarikat tersebut terus berkembang.

Pengiktirafan juga diberikan kepada kerja pemuliharaan cemerlang yang dilakukan terhadap Jurong Town Hall, bangunan berbentuk seperti kapal perang.

Dibina pada tahun-tahun 1970an, ia merupakan salah sebuah bangunan 'termuda' di sini yang diwartakan sebagai monumen negara.

Jurong Town Hall dibina bagi menunjukkan kepada dunia tentang kesungguhan Singapura dalam membangunkan bidang perindustrian.

Bangunan itu kini menjadi bukti tentang kejayaan Singapura menjadi sebuah negara perindustrian ternama di rantau ini.  

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan