Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan bersepadu One Punggol jadi pilihan acara Mediacorp Untukmu

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: One Punggol – hab masyarakat terbaru menjadi pilihan BERITAmediacorp sebagai lokasi untuk acara bertemu masyarakat Mediacorp Untukmu pada Sabtu (25 Feb)

Terletak di 1 Punggol Drive dan berdekatan stesen LRT Sam Kee, ia merupakan tempat tumpuan penduduk Punggol selain pusat membeli-belah Waterway Point.

One Punggol yang dibuka secara rasmi pada Oktober 2022 merupakan ruang bersama yang bertenaga untuk seisi keluarga.

Para penduduk boleh menyertai pelbagai program serta memanfaatkan pelbagai khidmat di bawah satu bumbung.

Hab bersepadu itu antaranya menempatkan pusat penjaja, kemudahan penjagaan kanak-kanak, pusat penjagaan warga emas dan perpustakaan Daerah Punggol, iaitu perpustakaan daerah keempat dan terbesar di Singapura.

Kemudahan-kemudahan baru itu akan dibuka secara progresif tahun ini.

Bangunan setinggi lima tingkat itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri mesra alam.

Ia direka untuk menggalakkan penjimatan tenaga dan air, serta alam sekitar serta menggalak amalan-amalan bangunan mampan melalui ciri hijau yang inovatif.

PELBAGAI ASTAKA DAN AKTIVITI MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA DIANJURKAN

Celebration Square yang terletak di aras satu akan menempatkan astaka-astaka dengan pelbagai kegiatan untuk mendekati para pengikut setia Mediacorp.

Mediacorp turut berganding bahu dengan M³ @ Pasir Ris Punggol.

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha berkata: "Kami akan adakan karnival keluarga sempena acara Mediacorp Untukmu@One Punggol. Di karnval itu kita boleh mengharapkan kegiatan untuk anak-anak dan ibu bapa untuk turut serta bersama."

"Pelbagai jenis permainan dan juga kegiatan kraf tangan dan seni akan disediakan," tambah Encik Sharael.

Encik Sharael teruja dengan gandingan M³ Pasir Ris-Punggol bersama Mediacorp dalam menganjurkan acara berskala besar seperti Mediacorp Untukmu@One Punggol.

Menurut beliau, ia satu peluang untuk mendekati para penduduk Melayu di kawasan Timur Laut serta meningkatkan kesedaran tentang pelbagai program M³.

MENDAKI juga akan memanfaatkan peluang tersebut untuk mempromosikan program-program kelolaannya seperti Kelas Matematika (KMM) dan Skim Tuisyen MENDAKI.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan