Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bangunan baru pencakar langit CBD, 'sky garden' bakal dibuka kepada umum

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pusat Penjaja Market Street bakal dibuka semula pada April - selepas empat bulan ditempatkan di ruang sementara - ke sebuah bangunan bersepadu 51 tingkat yang dipanggil CapitaSpring. 

CapitaLand mengumumkan pada Rabu (9 Feb) bahawa CapitaSpring, yang terletak di kawasan pejabat di Raffles Place, sudah memperoleh 93 peratus penyewa dan menambah bahawa penyewa sudah mula masuk pada suku keempat tahun 2021.

Pusat penjaja itu terletak di tingkat dua dan tiga bangunan tersebut dan akan merangkumi 56 gerai makanan. 

CapitaSpring, yang setinggi 280 meter adalah bangunan pejabat Gred A di kawasan CBD yang siap pada 2021, menurut CapitaLand.

Selain menjadi pejabat buat syarikat berbilang negara, ia juga merupakan apartmen servis bagi 299 unit yang dipanggil Citadines Raffles Place Singapore. Terdapat juga kedai runcit dan ruang lain yang akan dibuka kepada orang ramai.

Ini termasuk sebuah 'sky garden' di tingkat 51 bangunan tersebut. Ia disifatkan sebagai bangunan yang tertinggi di Singapura dengan dek yang terbuka kepada orang awam yang menawarkan pemandangan indah Marina Bay dan kawasan CBD.

(Gambar: CapitaLand)

Terdapat juga ladang bandar tertinggi di Singapura seluas 5,000 kaki persegi, menurut Capitaland. 

Bangunan pencakar langit itu melambangkan visi CapitaLand untuk membina masa depan yang lebih menghijau dan mampan", kata Encik Tan Yew Chin, Ketua Pegawai Eksekutif CapitaLand Development (Singapura).

Sebagai contoh, ia menampilkan lebih 80,000 tumbuhan daripada kira-kira 130 spesies berbeza, dengan lebih daripada 60 peratus adalah tumbuhan asli, menurut CapitaLand.

Untuk menyediakan lebih banyak pilihan mobiliti menghijau, terdapat empat tempat letak kenderaan elektrik dan 165 lot basikal. 

Laluan berbasikal sepanjang 600 meter mengelilingi bangunan itu, menghubungkan CapitaSpring ke rangkaian berbasikal Kawasan Tengah.

Sumber : CNA/FA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan