Skip to main content

Singapura

Bangunan 4 tingkat di Thomson Road ini perlu dirobohkan

Pemerintah sedang memperoleh dan akan merobohkan sebuah bangunan berusia 57 tahun berdekatan terowong Koridor Utara-Selatan yang akan datang. Langkah ini diambil atas sebab-sebab keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Apr 2021 08:32PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 12:01AM

SINGAPURA: Pemerintah sedang memperoleh dan akan merobohkan sebuah bangunan berusia 57 tahun berdekatan terowong Koridor Utara-Selatan yang akan datang. Langkah ini diambil atas sebab-sebab keselamatan.

Bangunan empat tingkat di 68 hingga 74 Thomson Road itu hanya sejauh enam meter dari tapak di mana kerja-kerja penggalian bagi terowong itu bakal dijalankan.

Tahun lalu, para jurutera mendapati asas bangunan itu perlu diperkukuhkan sebelum penggalian boleh dimulakan.

Semua penghuninya sudah dipindahkan sejak Februari tahun ini untuk memastikan keselamatan mereka.

Namun, ujian lanjutan terperinci Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendapati konkrit bangunan 57 tahun itu lebih lemah dari yang dijangkakan. Risikonya juga tinggi untuk meneruskan kerja-kerja pengukuhan asasnya.

Hartanah dengan pegangan kekal itu merangkumi 12 unit tempat tinggal dan empat unit komersil.

Para pemilik akan diberi pampasan berdasarkan nilai pasaran unit masing-masing di bawah Akta Pengambilan Semula Tanah.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita