Banduan dipenjara, tumbuk ketua warden di Penjara Changi hingga tulang muka patah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPS)
SINGAPURA: Seorang banduan yang menjalani pemulihan di Penjara Changi menumbuk seorang ketua warden yang sedang mengiringinya kembali ke sel penjaranya.
Akibatnya tulang muka ketua warden tersebut patah.
Kaliappan Kumarasamy, 51 tahun, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada Isnin (9 Okt) selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela ke atas seorang penjawat awam.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa merupakan seorang lelaki 41 tahun yang bertugas bersama Perkhidmatan Penjara Singapura selama 19 tahun.
Dia bertugas sebagai Ketua Warden di Kluster B Institusi B5 Penjara Changi.
Pada sekitar 9.00 pagi 21 Disember tahun lalu, mangsa sedang bertugas di Institusi B5. Para banduan yang berada di institusi tersebut, termasuk Kaliappan, dibenarkan keluar untuk mengambil ubat.
Mangsa mendekati Kaliappan dan mereka berjalan bersama-sama ke selnya, sambil bercakap seperti biasa, kata pendakwa.
Ketika mereka berbual dan berjalan, mangsa memegang bahagian atas lengan Kaliappan tanda berbaik-baik.
Tidak lama kemudian, Kaliappan secara tiba-tiba menumbuk muka mangsa dengan kuat. Mangsa kemudian terjatuh ke lantai.
Sedang mangsa cuba berdiri, Kaliappan berdiri di hadapannya dan cuba menumbuk mangsa, namun tumbukannya tersasar.
Pegawai lain yang berdekatan bergegas untuk membantu mangsa. Kaliappan masih bertindak ganas, sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
Dia ditahan sekumpulan pegawai selepas salah satu daripada mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Mangsa dihantar ke hospital dan diberikan cuti sakit selama tujuh hari. Tulang di mukanya patah dan bahagian kiri mukanya rasa kebas sehingga Mac tahun ini.
Kaliappan mengaku menyerang mangsa, dan berkata bahawa dia berasa marah atas siasatan dalaman terhadapnya, serta pertikaian dengan seorang lagi banduan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.