Banana Leaf Apolo: Isu pembayaran pembekal selesai, permohonan gulung tikar ditarik balik
Restoran India Banana Leaf Apolo berkata pada hari Isnin (30 Jun) bahawa syarikat pembekal ayam mereka sudah dibayar.
Cawangan Banana Leaf Apolo di Race Course Road. (Gambar: Google Street View)
Rangkaian restoran itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pembayaran dibuat kepada syarikat Toh Thye San Farm pada 27 Jun, yang disahkan oleh sumber Mediacorp. Pembayaran kepada syarikat tersebut, yang diwakili oleh firma guaman Lighthouse Law, dibuat tiga hari selepas notis dikeluarkan dalam Warta Pemerintah.
Ketua Pegawai Eksekutif Banana Leaf Apolo, Encik C Sankaranathan, berkata permohonan mahkamah tersebut akan ditarik balik dalam satu sesi perbicaraan pada 4 Julai, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.
“Isu antara kedua-dua pihak sudah diselesaikan sepenuhnya,” tambah Encik Sankaranathan. “Tiada pertikaian yang berterusan antara pihak-pihak berkenaan.”
Ditubuhkan pada 1974, Banana Leaf Apolo mengendalikan dua restoran di Little India dan pemeriksaan oleh Mediacorp mendapati kedua-dua cawangan tersebut masih beroperasi sehingga Jumaat lalu. Restoran itu terkenal dengan hidangan kari kepala ikan.
Pada November lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung operasi cawangannya di Race Course Road selama dua minggu selepas restoran tersebut mengumpul 14 mata demerit dalam tempoh 12 bulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.