Balu Presiden pertama SG Yusof Ishak, Puan Noor Aishah meninggal dunia pada usia 91 tahun

Puan Noor Aishah, balu Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 22 Apr 2025.
SINGAPURA: Balu Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, iaitu Puan Noor Aishah, meninggal dunia pada usia 91 tahun pada pagi Selasa (22 Apr).
Berita duka itu disahkan oleh menantu Almarhumah Puan Noor Aishah, Cik Zarina Mohamed. BERITA Mediacorp diberitahu bahawa Puan Noor Aishah meninggal dunia pada pukul 4.28 pagi pada Selasa (22 Apr).
Menurut Cik Zarina, Almarhumah mengalami masalah paru-paru berair dan juga jangkitan. Beliau menambah, tekanan darah dan tahap oksigen Puan Noor Aishah juga rendah baru-baru ini.
"Almarhumah dirawat di hospital lebih dari sebulan. Sejak 6 Mac sehingga sekarang," Cik Zarina memberitahu BERITA Mediacorp.
Butiran mengenai pengebumian Almarhumah akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.