Skip to main content

Singapura

Balai Rakyat Kampong Chai Chee bakal diperbaharui menjadi hab silang generasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2023 07:32PM Dikemas Kini : 05 Aug 2023 10:54PM
SINGAPURA: Balai Rakyat Kampong Chai Chee akan diperbaharui untuk mencipta sebuah ruang masyarakat yang baharu.

Ia menjadi tempat untuk segenap lapisan masyarakat berhubung dan menjalin ikatan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkannya seiring usaha menjadikan East Coast kawasan yang lebih penyayang dan bertenaga bagi para penduduk.

"Selepas menerima maklum balas penduduk yang inginkan lebih banyak ruang masyarakat, kami akan memperbaharui Balai Rakyat Kampong Chai Chee yang lama - di mana akan terdapat lebih banyak ruang untuk kegiatan sosial, untuk lebih banyak jenis perniagaan dan pertubuhan berbeza datang untuk menganjurkan pelbagai kegiatan bagi para penduduk East Coast," ujar Encik Heng.

Encik Heng berkata demikian semasa berucap di sambutan Hari Kebangsaan di Heartbeat@Bedok pada Sabtu (5 Ogos).

Para penduduk disajikan dengan pelbagai kegiatan termasuk permainan dan persembahan.

Turut diumumkan, para pemenang bagi peraduan di mana penduduk berkongsi rasa cinta mereka terhadap East Coast, menerusi rakaman video dan karya seni.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita