Balai Bomba Marin Punggol siap dibina jelang 2027, masa respons kecemasan dijangka lebih pantas
Balai Bomba Marin Punggol akan siap dibina menjelang 2027.
Anggaran Waktu Membaca:
- Balai Bomba Marin Punggol akan siap dibina menjelang 2027 untuk meningkatkan respons kecemasan di timur laut Singapura.
- Kemudahan ini menyokong operasi SCDF, termasuk memadam kebakaran, menyelamat penduduk dan menjawab panggilan perubatan kecemasan.
- Pembinaan balai bomba baharu didorong oleh pertumbuhan pesat kediaman, komersial dan aktiviti maritim di Punggol.
- Bangunan ini direka selaras dengan persekitaran Northshore, menyediakan laluan awam, tempat letak basikal dan akses jeti bersama Outward Bound Singapore.
SINGAPURA: Balai Bomba Marin Punggol akan siap dibina menjelang 2027.
Dengan itu, para penduduk dan perniagaan di daerah timur laut Singapura boleh menjangkakan respons kecemasan lebih pantas apabila diperlukan.
Dengan pembukaannya kelak, masa tindak balas di darat dijangka lebih pendek, manakala operasi maritim di perairan berhampiran akan ditingkatkan.
Balai bomba itu dibina kerana pembangunan kediaman dan komersial kini berkembang pesat di seluruh Punggol.
Terletak di sepanjang pantai timur laut Singapura, balai bomba baharu itu membolehkan operasi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) meliputi seluruh Selat Johor Timur dalam masa 45 minit.
Pada masa ini, hanya sebahagian daripada selat berkenaan yang dapat dijangkau dalam jangka masa tersebut.
"Di luar pesisir Punggol, kami melihat lebih banyak kapal dan industri berasaskan laut, seperti ladang ikan, menggunakan laluan air tersebut. Balai bomba baharu ini akan membantu SCDF menjadi lebih berkesan dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda apabila berlaku kecemasan," kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, yang juga merupakan Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Punggol.
Sedang jumlah penduduk di Punggol terus bertambah, kemudahan itu juga akan mempercepat sebanyak sepertiga, respons kecemasan kepada penduduk.
Balai bomba itu akan menyokong operasi memadam kebakaran, menyelamat para penduduk serta menjawab panggilan perubatan kecemasan.
"Balai bomba ini juga direka dengan teliti supaya ia selaras dengan persekitaran Northshore di Punggol, bagi meningkatkan pengalaman penduduk yang menggunakan penghubung taman dan koridor hijau bagi aktiviti gaya hidup mereka," kata komander, Divisyen Marin SCDF, Ryan Ong.
Disambungkan kepada penghubung taman berdekatan, balai bomba tersebut akan menyediakan laluan awam dan tempat meletak basikal untuk menyokong gaya hidup aktif penduduk.
Ia juga akan berkongsi akses jeti dengan Outward Bound Singapore bagi memudahkan pengangkutan ulang-alik ke pulau-pulau berhampiran, seperti Pulau Ubin.
Bangunan itu juga akan dilengkapi dengan ciri-ciri penjimatan tenaga dan air.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.