BAKTISG: Project Hills bantu penduduk susah di flat sewa

SINGAPURA: Cik Zulayqha Zulkifli dan tiga adik-beradiknya menubuhkan inisiatif Project Hills pada April 2020 kerana sangat prihatin tentang golongan memerlukan yang tinggal di flat sewa.
Inisiatif masyarakat mereka itu kini dianggotai seramai 150 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang.
Kebanyakan mereka mendapat tahu tentang Project Hills melalui media sosial atau daripada sukarelawan lain.
Pada setiap hujung minggu, Cik Zulayqha dan para relawan lain pergi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan makanan panas kepada penduduk miskin di blok-blok sewa di Queenstown dan Kim Tian Place.

"Saya rasa kerana saya pernah tahu apakah itu rasa untuk hidup sebatang kara dan juga saya tahu apa hidup tanpanya ada makanan dan keperluan sekolah. Saya juga percaya bahawa rezeki yang telah diberikan pada saya tidak kesemuanya adalah milik saya dan bahawa saya harus mengongsi rezeki saya.
"Mungkin apabila kita mendapat lebih rezeki, gaji, contoh bonus atau duit GST, kamirasa bahawa harta itu mungkin kesemuanya adalah milik kita, tapi tanpa kita sedari, ada juga terletak harta dan rezeki orang lain yang patut kita kongsi," kongsi Cik Zulayqha.
PROJECT HILLS SUDAH BANTU LEBIH 1,000 PENERIMA BANTUAN
Sekurang-kurangnya 70 bungkusan makanan diagih-agihkan setiap hujung minggu.
Lebih 1,000 individu daripada pelbagai kaum dan agama sudah meraih manfaat daripada inisiatif itu sejak ia dimulakan tiga tahun lalu.
Segala makanan dan barangan yang disumbangkan adalah hasil derma orang ramai.
Antara relawan yang kerap menyumbang tenaga untuk usaha murni itu adalah Nur Afifah Nasharudin, 27 tahun.
Menurut Nur Afifah: "Saya rasa Zulaikha seorang yang tegas dan pemurah. Beliau rajin dan sanggup bekerja keras untuk mereka yang kurang bernasib baik. Sepanjang saya bekerjasama dengan Zulaikha, saya dapat belajar lebih tentang isu-isu dan golongan yang memerlukan
Selain makanan, Project Hills kini merancang menyambung semula agihan barangan keperluan asas seperti beras, susu dan lampin kanak-kanak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.