BAKTISG: Kakitangan CGH lakukan lebih untuk pesakit dan penjaga mereka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila ada masa terluang,Cik Hirnani Hamid seorang penyelaras penyakit buah pinggang di Hospital besar Changi (CGH) akan menjenguk ke flat Encik Jumait Ariffin di kawasan Eunos.
Encik Jumait, 65 tahun merupakan satu-satunya penjaga isterinya Cik Norhayati Sidek, 60 tahun, yang menghidap penyakit ginjal tahap akhir.
Cik Norhayati juga menghidap penyakit kencing manis, penglihatannya sudah kabur dan kini mudah merasa cemas.
Encik Jumait berhenti kerja sebagai pekerja troli di Lapangan Terbang Changi untuk menjaga isterinya yang memerlukan rawatan dialisis air di rumah secara sepenuh masa.
"Sabar sahajalah. Beliau sakitkan? Saya tidak pernah sebegini. Lagipun saya pun sudah berumur dan badan saya pun sudah tidak larat untuk mengangkat benda berat. Kalau difikirkan kembali, saya teruskan walaupun ada kala saya merasa tertekan," kata Encik Jumait.
Kehadiran dan sokongan Cik Hirnani membawa sedikit kelegaan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak itu.
"Sekali kala beliau menelefon telefon saya bertanya tentang orang rumah saya dan bagaimana keadaan beliau," ujar Encik Jumait.
Menurut Cik Hirnani sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka tidak terhenti di bilik kaunseling di CGH sahaja.
"Kadang-kadang pesakit tidak tahu bagaimana untuk menguruskan keadaan di rumah dan bimbang tentang masalah kewangan. Apabila mereka meluahkan perasaan dan masalah, beban itu menjadi ringan sedikit. Cik Jumait, saya rasa adalah sumber kekuatan bagi Cik Nurhayati. Kalau Cik Jumait positif, isterinya akan terpengaruh," kata Cik Hirnani.
Melawat ke rumah pesakit pula memang sesuatu yang lumrah bagi Cik Nur Zakiyyah Abdul Halil dan Nur Kamilah Abdul Karim.
Antara tugas mereka sebagai penyelaras penjagaan masyarakat di CGH adalah untuk memantau penjagaan dan kebajikan pesakit di rumah.

Seperti Encik Rostam Jamari, 66 tahun.
"Suami saya menghidapi penyakit barah lidah. Pertama kali, barah beliau kembali dalam masa masa enam bulan. Terus merebak ke leher beliau. Dua tahun lepas, beliau mengadu macam sakit gusi dan giginya dicabut. Tetapi selepas giginya dicabut, gusinya harus dijahit sebab setelah menjalani kemoterapi, bahagian mulutnya sukar untuk ditutup. Beliau menjadi murung kerana tidak boleh bekerja. Juga sukar baginya untuk makan, untuk menelan makanan," kongsi isterinya Cik Juana Mohamed.
Sejak itu, Encik Rostam hanya boleh diberikan susu khas.
Cik Nur Kamilah, seorang Penolong Penjagaan Masyarakat di CGH, akan singgah ke rumah pasangan itu daripada masa ke masa untuk memastikan mereka dalam keadaan baik.

"Saya sebenarnya bimbang tentang keadaan mereka. Walaupun agak sibuk dengan tugas, saya akan cuba menelefon mereka untuk bertanyakan khabar atau luangkan masa untuk berjumpa dengan mereka. Kalau saya berada berhampiran dengan daerah rumah mereka, saya akan menghubungi Cik Juana," kata beliau.
Sokongan tersebut dihargai pasangan tersebut.
"Kalau mereka datang bertanyakan tentang Encik Rostam, mereka akan bertanyakan khabar saya juga," tambah Cik Juana.
Program Neighbours for Active Living CGH menyaksikan purata 600 kes setiap bulan.
Pasukan penyelaras penjagaan masyarakat di CGH ada kalanya melakukan lebih daripada tugas asas mereka.
"Adakalanya kita bimbang setelah kita habis kerja pada waktu malam, tidak ada sesiapa yang mengunjungi mereka. Jadi kalau kami berada di daerah itu, kami akan mengunjungi mereka. Kadang-kadang kalau mereka jatuh dan tidak ada orang yang menyelamatkan mereka. Daripada situlah kami rasa bimbang dan risaukan tentang keadaan mereka," kata Cik Nur Zakiyyah, Penyelaras Kanan, Penjagaan Masyarakat CGH.
Beliau turut berkongsi tentang keadaan rumah pesakit yang tidak selesa untuk pemulihan di rumah.
"Ada juga pesakit yang tinggal dalam keadaan yang tidak bersesuaian, semuanya kotor. Jadi tidak ada tempat untuk makan. tempat untuk tidur yang selamat. Jadi kami, saya dengan rakan sekerja saya bekerjasama dengan pertubuhan yang lain. Kami kemas rumahnya yang penuh dengan kencing dengan kotoran najis. Kami bersihkan dan belikan katil baharu," tambah beliau

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.