BAKTISG: Inisiatif The Cleansed Hearts hargai pekerja pembersihan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Rosli Razak)
SINGAPURA: Setiap kali Nabil Zulkefly berinteraksi dengan para pekerja pembersihan di kampusnya di Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau merasakan keinginan untuk melakukan sesuatu.
"Para pekerja pembersihan ini ada yang mereka terpaksa bekerja sebab mereka perlu menyokong keluarga di rumah yang sedang sakit dan sebagainya. Kadang-kadang mereka merasa terpinggir atau mereka tidak diberikan penghormatan atau pengiktirafan yang sepatutnya," kata Nabil.
Mahasiswa dalam jurusan Kerja Sosial dan Sosiologi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu merasakan banyak perkara yang dilakukan pekerja pembersihan dalam mewujudkan persekitaran yang bersih.

Beliau berharap orang ramai menghargai pengorbanan para pekerja pembersihan.
Itulah menjadi pendorong bagi pemuda berusia 24 tahun itu untuk memulakan inisiatif "The Cleansed Hearts".
Beliau bermula dengan membelikan para pekerja pembersihan di kampusnya barangan seperti kopi dan minyak gosok.
Nabil lebih bersemangat apabila sumbangan kecil beliau itu amat dihargai dan ingin melakukan lebih daripada itu.
"Saya telah membuka satu 'thrift store' di sekolah dan menerusi itu saya telah menjual barang dan kumpulkan dana dan menerusi itu, saya telah salurkan untuk membelikan makanan untuk iftar sebab saya mulakan projek ini pada bulan Ramadan," kongsi beliau.

Beliau terus giat mengumpul dana dengan menjual produk-produk seperti lilin dan kraftangan.
Antara projek terbarunya adalah untuk menyediakan papan tanda bagi para mahasiswa lain meluahkan tanda penghargaan mereka kepada para pekerja pembersihan di merata kampus NUS.
"Saya ingin laksanakan konsep 'pay-it-forward' di sekolah saya pula. Saya ingin pelajar-pelajar yang dapat membelikan barang untuk pekerja pembersihan. Kadang-kadang kita rasa yang kata-kata perangsang kita remehkan kesannya tetapi ia boleh mengukuhkan semangat mereka.
Beliau berharap untuk mengembangkan inisiatif itu untuk memanfaatkan lebih ramai pekerja pembersihan dan juga pekerja asing,

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.