Skip to main content

Singapura

Bakteria dikesan dalam air botol 'Meadows' diimport Cold Storage; SFA arah produk ditarik balik

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan air minum dalam botol Meadows Pure Drinking Water yang diimport Cold Storage dari Malaysia ditarik balik selepas bakteria dikesan semasa pemeriksaan rutin sampel produk itu dilakukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakteria dikesan dalam air botol 'Meadows' diimport Cold Storage; SFA arah produk ditarik balik

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan air minum dalam botol Meadows Pure Drinking Water yang diimport Cold Storage dari Malaysia ditarik balik. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 10:11PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 10:20PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan air minum dalam botol Meadows Pure Drinking Water yang diimport Cold Storage dari Malaysia ditarik balik selepas bakteria dikesan semasa pemeriksaan rutin sampel produk itu dilakukan.

Demikian menurut SFA pada Khamis (3 Dis).

Produk yang terjejas itu dalam botol saiz 1.5 liter, dengan tarikh luput 9 Nov 2022.

Bakteria yang dipanggil Pseudomonas aeruginosa dikesan dalam sampel air itu, kata SFA, sambil menambah bahawa bakteria itu biasa ditemui dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

"Ia boleh membiak dalam sekitaran air dan di permukaan bahan organik yang terkena air," menurut agensi itu.

"Pengambilan produk yang mengandungi Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan pelbagai jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius dalam individu yang sihat.

Proses menarik balik produk itu sudah selesai dilakukan dan mereka yang telah membeli produk yang terjejas dinasihatkan agar jangan meminumnya, menurut SFA.

Mereka yang sudah minum produk yang terjejas itu dan bimbang akan kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Mereka boleh menghubungi tempat mereka membeli produk itu bagi sebarang pertanyaan atau mendapatkan bayaran balik. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita