Baki sekatan sosial di SG mungkin ditarik balik jika situasi COVID-19 di sini kekal stabil
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata baki sekatan-sekatan sosial di Singapura mungkin ditarik balik, jika situasi COVID-19 di sini kekal stabil di tengah-tengah perjalanan hujung tahun dan kenaikan kes di China.
Menyatakan demikian dalam Amanat Tahun Baru beliau, PM Lee menambah meskipun pandemik serta ekonomi sejagat kekal tidak menentu, Singapura perlu bersatu padu dan merebut peluang-peluang yang datang.
Walaupun Singapura sudah membuka semula sempadannya, PM Lee menyatakan negara sedang memantau situasi COVID-19 dengan teliti.
Beliau menggesa semua orang supaya mendapatkan suntikan vaksin terbaru.
Selepas setahun keadaan "semakin kembali normal", yang termasuk acara besar-besaran kembali diadakan,
Singapura menurut PM Lee boleh mengambil langkah terakhir untuk menarik balik baki sekatan sosial yang ada jika situasi kekal stabil.
PM Lee menambah pandemik COVID-19 memberi pengajaran berharga kepada negara dan Singapura akan meningkatkan persediaan bagi pandemik masa depan serta mengukuhkan jagaan kesihatan.
Kadar GST kebih tinggi bermula esok akan membantu pembiayaannya.
Beliau memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka yang memerlukan bantuan akan menerimanya.
Memandang ke hadapan, PM Lee merujuk kepada perkembangan dalam prasarana dan perumahan serta usaha menjadikan Singapura menjadi lebih inklusif seperti pemansukan seksyen 377A.
Namun, beliau berkata masa depan masih lagi samar-samar ekoran cabaran geopolitik dan ekonomi, serta pemulihan China yang tidak menentu daripada COVID-19.
Lantaran itu PM Lee menekankan, perpaduan adalah kunci pada masa-masa sukar itu.
Merujuk kepada perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura,
beliau menambah bahawa rakyat sudah berkongsi maklum balas dan pandangan serta menyingsing lengan bila perlu.
Beliau menyifatkan sikap bertanggungjawab sedemikian penting dalam memperbaharui dan mengukuhkan kompak sosial negara.
Menggulung amanat beliau itu, PM Lee berkongsi betapa cabaran terbesar juga membawa sama peluang bagi mereka yang berani memanfaatkannya.
Menurut beliau terdapat banyak minat dari luar terhadap Singapura disebabkan cara negara ini mengharungi pandemik dan bangkit lebih teguh.
Singapura tegas PM Lee mesti mengalu-alukan pelaburan dan bakat berpotensi ke sini kerana ini akan membantu rakyat membina masa depan lebih cerah bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.