Baker 4.0: Pembuat kek dan roti sahut cabaran teknologi
Satu siri inisiatif untuk memastikan para pembuat kek dan roti menyahut cabaran teknologi dilancarkan hari ini (25 Jul)
SINGAPURA: Satu siri inisiatif untuk memastikan para pembuat kek dan roti menyahut cabaran teknologi dilancarkan hari ini (25 Jul).
Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) serta persatuan perdagangan industri itu juga menandatangani perjanjian dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk menyokong keperluan tenaga kerja sektor tersebut.
Satu tinjauan ke atas lebih 100 pembuat kek dan roti, pengurus F&B dan anggota masyarakat mendapati para pembuat kek dan roti perlu mempunyai kemahiran menggunakan teknologi digital, ilmu tentang khasiat makanan dan pengalaman khidmat pelanggan.
Oleh yang demikian, 200 pembuat kek dan roti profesional komited untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi penggunaan teknologi.
Sehubungan dengan itu Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, mengumumkan satu kursus tiga hari yang meliputi pelbagai kemahiran seperti pengurusan pembuatan kek dan roti serta menggunakan pelbagai peralatan terkini.
Mereka yang layak akan mendapat sokongan pembiayaan dan naik gaji selepas selesai menjalani latihan.
Lebih banyak inisiatif bagi industri F&B akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.