Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bakat baru diperlukan sedang SG ceburi sektor pelancongan mampan, kesejahteraan holistik

Anggaran Waktu Membaca:
Bakat baru diperlukan sedang SG ceburi sektor pelancongan mampan, kesejahteraan holistik
Diterbitkan : 19 Jan 2023 07:35PM Dikemas Kini : 22 Jan 2023 12:31PM
SINGAPURA: Politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan melatih kohort-kohort baru pekerja berkemahiran dalam bidang-bidang yang sedang berkembang seperti pelancongan mampan dan kesejahteraan holistik.

Ia sejajar dengan usaha Singapura untuk memacu jumlah pelancong agar ia berupaya meningkat kembali ke paras sebelum pandemik.

Berucap semasa pesta kerjaya Transformasi Pelancongan di Politeknik Singapura pada Khamis (19 Jan), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling menarik perhatian bagaimana institut pengajian tinggi sentiasa memperbaiki kurikulumnya dan mendedahkan para penuntut kepada pengalaman bekerja dalam industri tersebut.

Cik Low menyeru para pelajar agar memainkan peranan besar
untuk meningkatkan nilai Singapura, sebagai destinasi pelancongan yang mampan, dan syurga kesejahteraan bandar.

"Sebagai generasi pemimpin dan pembawa pembaharuan akan datang, saya amat yakin tenaga dan semangat muda anda, akan menyemarakkan tawaran kreatif baru beberapa yang telah saya ketengahkan dan juga huraian serta idea inovatif dalam sektor pelancongan," kata Cik Low.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan