Skip to main content

Singapura

Bakal siswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan dari S'pura buat pertama kalinya

Buat pertama kalinya, para pelajar Singapura menduduki ujian kemasukan Universiti Al-Azhar bagi Bahasa Arab, secara maya tanpa perlu 'terbang' ke Mesir.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal siswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan dari S'pura buat pertama kalinya

Bakal mahasiswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan bagi Bahasa Arab online di S'pura. (Gambar-gambar: Facebook/MUIS)

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, para pelajar Singapura menduduki ujian kemasukan Universiti Al-Azhar bagi Bahasa Arab, secara maya tanpa perlu 'terbang' ke Mesir.

Seramai 57 pelajar yang ingin meneruskan pengajian di universiti berkenaan tahun ini menduduki ujian tersebut di premis Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada Isnin (8 Jun) lalu.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan di laman Facebooknya hari ini (10 Jun).

Lazimnya, para pelajar perlu datang sendiri ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir untuk menduduki ujian tersebut sebelum memulakan program ijazah mereka.

Disebabkan oleh wabak COVID-19, ujian itu dilakukan secara online dari Singapura.

Ini bermakna mereka dapat menjimatkan kos dari segi penerbangan dan penginapan berbanding mengambil ujian itu di Mesir.

Related article image
Bakal mahasiswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan bagi Bahasa Arab online di S'pura. (Gambar-gambar: Facebook/MUIS)

Menurut MUIS, ujian itu dijalankan di bawah penyeliaan bersama Kedutaan Mesir di Singapura dan dengan kerjasama Madrasah Aljunied yang membolehkan para pelajar menduduki ujian di premisnya.

Lengkap dengan peralatan digital peribadi, para pelajar perlu menjalani ujian online itu secara lisan dan bertulis di samping memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

"Para pelajar juga cukup bersedia kerana mereka sudah mengikuti Taklimat Pengenalan Maya dan menjalani ujian percubaan untuk membiasakan diri dengan prosedur dan syarat-syarat online," menurut Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Dr AlBakri Ahmad.

Related article image
Bakal mahasiswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan bagi Bahasa Arab online di S'pura. (Gambar-gambar: Facebook/MUIS)

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Duta Besar Mesir di Singapura, Mohamed Abulkheir kerana membantu menjayakan ujian kemasukan versi online yang pertama itu.

Dalam pada itu, sebahagian besar mahasiswa Singapura Universiti Al-Azhar yang sedia ada kini berada di negara ini.

Mereka diterbangkan pulang ke tanah air semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dikuatkuasakan di sini pada 7 April.

Sepanjang tempoh beberapa bulan yang lalu, para mahasiswa masih meneruskan pengajian dan menduduki peperiksaan mereka menerusi wadah-wadah online.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita