Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bakal Presiden Tharman Shanmugaratnam ucap terima kasih kepada rakyat, bawa hadiah nanas rai kemenangan

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal Presiden Tharman Shanmugaratnam ucap terima kasih kepada rakyat, bawa hadiah nanas rai kemenangan

Encik Tharman Shanmugaratnam di Pasar dan Pusat Makanan Taman Jurong pada 2 September 2023. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 02 Sep 2023 11:26AM Dikemas Kini : 02 Sep 2023 12:07PM

SINGAPURA: Encik Tharman Shanmugaratnam bakal menjadi Presiden kesembilan Singapura selepas memenangi undi majoriti dalam pilihan raya pada Jumaat (1 Sep).

Sekitar lapan jam selepas kemenangan Encik Tharman diumumkan, para penyokongnya riuh berkumpul di Taman Jurong pada pagi Sabtu (2 Sep), menantikan ketibaan beliau.

Pusat penjaja itu merupakan perhentian pertama bakal Presiden Dipilih itu bagi meraikan bersama kemenangan beliau.

Encik Tharman sudah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong selama 22 tahun sebelum meletak jawatan daripada kabinet untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Sebagai tanda meraikan kemenangan besar beliau ke atas dua calon lain iaitu Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, pasukan Encik Tharman membahagi-bahagikan berbakul nanas percuma kepada penduduk yang berkunjung ke pusat penjaja ini. 

(Cik Rohana Musa dan temannya Cik Norrie antara penduduk menerima hadiah nanas yang dibahagi-bahagikan pasukan Encik Tharman Shanmugaratnam pada 2 Sep 2023. Gambar: CNA/Natasha Ganesan)

Sekitar 9.00 pagi Encik Tharman tiba bersama isterinya, Cik Jane Ittogi untuk berbual mesra bersama para penduduk dan penjaja. Pusat Penjaja Taman Jurong ini, tempat di mana para penyokong beliau berhimpun pada Jumaat malam untuk menunggu pengumuman keputusan pilihan raya. 

Bakal Presiden itu dan pasukannya akan melakukan perjalanan ke beberapa lokasi lain termasuk Pusat Penjaja Marsiling Mall dan Hab Toa Payoh untuk bertemu dengan rakyat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Tujuh daripada 10 rakyat Singapura (70.4 peratus) mengundi memilih Encik Tharman, sekali gus memberinya mandat kukuh untuk menjadi Presiden ke-9 negara.

Encik Tharman berkata beliau bercadang untuk menggunakan jawatan Presiden untuk memajukan masa depan yang optimis dan perpaduan di kalangan rakyat.

Beliau menambah bahawa kemenangannya dalam pilihan raya berbilang kaum mencerminkan evolusi Singapura.

Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan