Bakal Presiden Indonesia bertemu PM Lawrence Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bakal Presiden Indonesia Prabowo Subianto bertemu dengan Perdana Menteri Lawrence Wong hari ini (1 Jun) di Istana.
Encik Probowo, yang akan menggantikan Presiden Joko Widodo pada Oktober depan, berada di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La.
Menteri Pertahanan Indonesia itu juga menyampaikan ucapan di forum keselamatan peringkat tertinggi Asia itu.
Encik Wong dan Encik Prabowo menegaskan semula hubungan dua hala antara kedua-dua negara, dan menarik perhatian tentang kemajuan cemerlang yang dicapai melalui kerjasama dalam beberapa bidang seperti tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan.
Kedua-dua pemimpin juga berbincang tentang isu serantau dan antarabangsa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.