Bakal mempelai, pasangan baru berkahwin bakal terima rebat lebih tinggi bagi program persediaan perkahwinan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bakal mempelai serta pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan mendapat rebat lebih tinggi apabila menyertai serta menamatkan program persediaan perkahwinan.
Program itu mestilah yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Terdapat juga kursus online yang baharu untuk membimbing pasangan mengukuhkan lagi hubungan mereka.
Ia adalah sebahagian daripada usaha membina keluarga lebih berdaya tahan.
Peningkatan rebat tersebut diumumkan di Sambutan Perkahwinan Jubli Emas yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City pada Ahad (16 Feb).
Mulai Julai nanti, pasangan akan dapat menebus rebat S$170 , berbanding S$70 sekarang, bagi program persediaan perkahwinan yang disokong oleh MSF.
Yuran untuk kursus sedemikian biasanya bermula pada sekitar S$300.
Pada lewat tahun ini pula, modul e-pembelajaran baharu akan diperkenalkan untuk pasangan yang mahu mendapatkan kandungan ringkas mengikut masa masing-masing.
Dalam ucapannya, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menekankan betapa pentingnya bagi setiap pasangan terus berikhtiar bagi memperkukuhkan perkahwinan mereka.
Menyentuh tentang inisiatif khusus bagi masyarakat Melayu/Islam, Encik Masagos berkata sebanyak 31,000 pasangan Muslim sudah meraih manfaat daripada program Bersamamu.
Beliau menambah jumlah pasangan yang mengikuti program pengayaan perkahwinan Cinta Abadi pula cukup memberangsangkan.
Encik Masagos menarik perhatian bahawa "perkahwinan yang teguh lagi penyayang" membentuk asas keluarga yang kukuh dan berdaya tahan, yang merupakan tunjang masyarakat.
"Sepanjang beberapa tahun lalu, kita sudah membuat kemajuan baik dalam perjalanan ini, namun kita mesti terus bertekad untuk memupuk hubungan dan ikatan keluarga yang lebih utuh lagi," katanya.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.