Bakal jemaah kekal tenang menjelang musim haji di tengah krisis Timur Tengah, lakukan persiapan termasuk 'Get Fit for Haj'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para bakal jemaah haji yang ditemui BERITA Mediacorp rata-rata berasa tenang dan tidak bimbang tentang keberangkatan mereka kerana sering mendapat kemas kini daripada ejen pelancongan haji masing-masing dan pemerintah.
Ini lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan krisis Timur Tengah dan tarikh keberangkatan yang semakin hampir.
Kumpulan pertama jemaah dijadual berangkat pada 8 Mei ini.
Bagi Encik Mohd Rashid Mohd Sahid, 56 tahun, beliau selalu dimaklumkan tentang perkembangan haji daripada Hagel Travel & Tours.

“Setiap kali menghadiri kursus haji, pihak agensi kami, Hagel, sentiasa memberi jaminan dan menenangkan kami mengenai situasi semasa," jelas Encik Rashid.
Encik Rashid mengakui sebelum ini berasa risau mengenai rancangannya menunaikan Haji, terutama susulan laporan pembatalan penerbangan berturut-turut apabila perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran meletus.
“Insya-Allah, jika Allah mengizinkan kami ke Tanah Suci, apa jua keadaan sekalipun, kami akan tetap berangkat untuk menunaikan fardu haji,” ujarnya kepada wartawan Syazwani Sanep.
Seorang lagi bakal jemaah haji, Cik Sharifah Mohd Hermanto, 40 tahun pula sentiasa menerima kemas kini melalui WhatsApp daripada Jalaluddin Travel & Services.

Bahkan bagi Cik Sharifah, jaminan keutamaan untuk musim haji seterusnya sekiranya jemaah memilih untuk menunda atau jika perjalanan tahun ini terpaksa dibatalkan akibat krisis di Timur Tengah, bantu meredakan kebimbangannya.
Perkara itu dijelaskan oleh Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim di Parlimen pada Rabu (8 Apr).
“Itu satu kelegaan dan memberi jaminan kepada kami bahawa kami tetap berpeluang menunaikan haji, mungkin pada tahun hadapan jika terjejas akibat konflik,” kongsi Cik Sharifah.
Encik Rashid dijadualkan berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isterinya pada 11 Mei manakala Cik Sharifah pula akan berangkat bersama ibunya pada 12 Mei.

Mereka merupakan antara sekitar 900 bakal jemaah haji yang menyertai acara inisiatif 'Get Fit for Haj (GFH)' pada Ahad (12 Apr).
Dalam ucapannya di acara tersebut, Dr Faishal akur dengan kebimbangan para jemaah berhubung keadaan di Timur Tengah susulan peperangan yang sedang berlaku.

"Saya memahami kebimbangan para jemaah haji berikutan konflik di Timur Tengah. Kita rasa risau, kita pun rasa, "Boleh tak pergi?" Jadi, saya ingin berkongsi bahawa keselamatan dan kemaslahatan anda adalah faktor utama," ujar Dr Faishal.
Dalam pada itu, beliau mengulangi perkara yang ditegaskan di Parlimen pada Rabu (8 Apr) mengenai kerjasama rapat antara Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) serta ejen pelancongan dan penyedia khidmat Haji yang diluluskan MUIS, bagi memastikan keselamatan para jemaah.
"Saya sangat menghargai kesabaran anda dan berharap kita dapat terus bekerjasama dalam mengharungi cabaran- cabaran ini bersama," tambahnya.
Pada tahun ini, Singapura diperuntukkan kuota sebanyak 900 tempat bagi ibadah Haji.
900 BAKAL JEMAAH HAJI JALAN KAKI 2.4KM BAGI KEMUNCAK GET FIT FOR HAJ 2026
Seawal 9.15 pagi, para bakal jemaah haji turun padang menyertai acara berjalan kaki sejauh 2.4 kilometer selama sejam di Hab Tampines Kita (OTH) pada Ahad (12 Apr).

Ia merupakan acara kemuncak inisiatif ‘Get Fit for Haj (GFH) 2026’ anjuran AMTAS dengan kerjasama MUIS. Ini merupakan kali ketiga acara itu diadakan.
Lebih 90 peratus jemaah Haji Singapura tahun ini mengambil bahagian dalam inisiatif GFH, yang bermula sejak Januari 2026.

Dengan komitmen untuk memastikan para jemaah bersiap siaga dari segi fizikal bagi perjalanan kerohanian mereka, inisiatif GFH tahun ini turut diperluaskan.
Ia merangkumi program Jom Check! kendalian Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), serta penilaian fungsi tubuh badan bagi membantu jemaah memantau dan meningkatkan tahap kecergasan mereka.
GFH merupakan inisiatif di bawah Bidang Tumpuan 5 M³ yang memberi fokus kepada kesihatan masyarakat, dengan sokongan AMTAS, HPB dan Persatuan Karyawan Jagaan Kesihatan Muslim (MHPA).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.