Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bakal jemaah haji Singapura sudah terima surat tawaran daripada MUIS

Para bakal jemaah haji Singapura tahun ini telah menerima surat tawaran naik haji daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para bakal jemaah haji Singapura tahun ini telah menerima surat tawaran naik haji daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Dalam surat tawaran haji bertarikh 12 Januari, mereka dimaklumkan mungkin ditawarkan tempat bagi ibadah haji tahun ini.

Ini bagaimanapun tertakluk kepada ketetapan oleh Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi. 

Para penerima surat MUIS itu juga perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak tawaran naik haji itu sebelum 27 Januari ini, menerusi laman MyHajSG.

Sementara itu, ejen-ejen penjualan pakej haji (GSA) akan mengemukakan tender bagi pakej haji tahun ini kepada MUIS pada 31 Januari ini. 

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) Ustaz Tengku Mohamad Fouzy memberitahu BERITAmediacorp bahawa pihak GSA sedang mendapatkan harga bagi penginapan dan penerbangan untuk musim haji tahun ini.

Ini selain menentukan tarikh-tarikh keberangkatan dari syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan ulang-alik ke Jeddah. 

Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia turut mengesahkan bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pakej-pakej haji untuk dikemukakan kepada MUIS.

Tender untuk menawarkan pakej haji Singapura dibuka kepada semua anggota Ejen-ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS).

Awal bulan ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli mengumumkan Singapura diperuntukkan kuota rasmi sebanyak 900 tempat haji tahun ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat AMTAS, Ustazah Juyda Noor Mohamad berkata, pihaknya sedang giat mengaturkan perjalanan haji untuk rakyat tempatan, dengan sebaik mungkin.

"Kami mengutamakan keselesaan jemaah dan jarak jauh penginapan ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta kesempurnaan ibadah Haji jemaah.

"Untuk penerbangan, selalunya jemaah Singapura menaiki Scoot atau Saudi Airlines, maka kini pun GSA sedang membuat tempahan untuk tarikh tarikh penerbangan haji," tambah Ustazah Juyda yang juga pengarah syarikat Noor Mohamad Services & Travel.

 

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan