Bakal jemaah haji dinasihatkan tentang kesihatan, cuaca panas di Makkah

(Gambar: Six5 Productions)
Selain dapat berkongsi persiapan dengan rakan-rakan jemaah, mereka juga diberi kata-kata dorongan dan semangat oleh asatizah jemputan serta Speaker Parlimen yang juga penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Marine Parade, Tan Chuan-Jin.
Kali terakhir acara sedemikian diadakan adalah pada 2018 dan kini kembali diadakan selepas pandemik.
Acara yang dikelolakan oleh M3@Geylang Serai dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelompok Marine Parade menghimpukan 40 orang jemaah.

Encik Tan Chuan-Jin juga mengingatkan para jemaah supaya menjaga keselamatan dan kesihatan mereka sewaktu menjalankan ibadah haji.
"Semoga keberangkatan anda ke Makkah berjalan lancar dan diberikan kemudahan serta kesihatan untuk menunaikan ibadah haji. Yang penting ialah fokus pada yang positif dan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anda semasa di sana. Semoga anda dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan aman," kata Encik Tan Chuan-Jin kepada para jemaah.

Selain para jemaah, ahli keluarga dan orang tersayang juga dijemput untuk memeriahkan lagi acara tersebut.
Ketua Penglibatan Masyarakat Masjid Darul Aman, Ustaz Muhd Ridzwan Abdul Manap turut memberikan bimbingan dan nasihat kepada para jemaah mengenai persiapan ibadah Haji, termasuk faktor cuaca di sana.
Menurut ramalan cuaca laman AccuWeather, suhu panas di Makkah bulan ini boleh mencecah sehingga 46 Darjah Selsius.

Meskipun begitu, ia tidak menjejas semangat jemaah seperti Cik Azizah Dawood bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Penantian selama 13 tahun berakhir tahun ini apabila beliau dimaklumkan tentang tawaran menunaikan haji pada Februari lepas.
Cik Azizah Dawood, 72 tahun, terharu dan berasa emosi ketika dimaklumkan mengenai tawaran itu.
Baginya, masalah kesihatan menjadi kebimbangan utama dek usianya yang lanjut berbanding para jemaah lain.

"Saya harap diberikan kesihatan dan semuanya berjalan dengan lancar," kata Cik Azizah Dawood.
Beliau akan melaksanakan ibadah haji seorang diri.
KHUATIR HARGA PAKEJ HAJI SEMAKIN MENINGKAT
Seorang lagi penduduk kawasan Marine Parade yang turut menyahut tawaran itu ialah Encik Abdul Wahab Marican Kassim, 68 tahun.
Buat Encik Abdul Wahab, ini merupakan kali kedua beliau tunaikan ibadah haji selepas hampir 30 tahun.

Antara perbezaan ketara dahulu dan sekarang kata Encik Abdul Wahab adalah kos pakej haji.
Beliau juga sempat menyuarakan kebimbangan akan harga pakej haji yang semakin meningkat.
Menurut pengalamannya sendiri, harga pakej haji melambung hampir tiga kali ganda dalam masa tiga dekad.
"Saya khuatir harga pakej semakin mahal dan bimbang untuk anak-anak muda yang berhasrat untuk menunaikan haji pada masa hadapan. Dahulu saya membayar S$5,000 tetapi tahun ini saya harus membayar S$14,000" kongsi beliau.
Namun, beliau mengutuskan rasa syukur sekali lagi dapat menjadi tetamu di tanah suci Makkah.

Di akhir acara yang berlangsung selama dua jam itu, para jemaah turut diberikan cenderahati termasuk sejadah dan kipas mudah alih.
Encik Abdul Wahab juga menghargai keprihatinan MUIS yang menitikberatkan kesihatan jasmani dan bukan sahaja rohani para jemaah supaya ibadah haji mereka dapat berjalan dengan lancar.
Di akhir acara yang berlangsung selama dua jam itu, para jemaah turut diberikan cenderahati termasuk sejadah dan kipas mudah alih.

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.