Bakal calon Presiden Tan Kin Lian tuduh ada pihak lakukan "kempen fitnah"
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: CNA/Raydza Rahman
SINGAPURA: Bakal calon Presiden Tan Kin Lian mendakwa pada Selasa (22 Ogos) bahawa beliau telah menjadi sasaran "kempen fitnah" sejak beberapa hari lalu.
"Amat jelas bagi saya bahawa ia adalah satu usaha bersepadu oleh sekumpulan penyerang yang bersungguh-sungguh untuk menfitnah saya," katanya dalam satu kenyataan media yang dikenakan embargo sehingga 1.00 petang tetapi dimuat naik di Facebook pada 7.02 pagi.
Tanpa memetik sebarang nama atau menunjukkan mana-mana bukti, beliau juga mendakwa "pesaing utama(nya)" terlibat, di samping "beberapa editor media saluran utama" dan sebuah pertubuhan hak wanita.
Sebelum ini, sebuah video TikTok yang menunjukkan beberapa hantaran media sosial oleh mantan ketua eksekutif NTUC Income itu yang menyentuh tentang perempuan "cantik" tersebar.
Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE)menyuarakan keprihatinan pada Isnin terhadap penyertaan Encik Tan Kin Lian dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, disebabkan "sejarah beliau merendahkan martabat wanita".

Kumpulan hak wanita itu mengeluarkan sebuah kenyataan, yang menyatakan bahawa proses penilaian bakal calon presiden tidak harus hanya mengambil kira kelayakan dari segi kewangan dan pengurusan sahaja, tetapi juga "kesan-kesan sosial yang lebih meluas".
Dalam salah satu daripada beberapa hantaran media sosial pada pagi Selasa, Encik Tan menekankan bahawa beliau "sangat" menolak dakwaan AWARE bahawa beliau "merendahkan martabat" wanita dalam catatan media sosialnya.
Beliau menambah bahawa apa yang dilakukan AWARE akan menyebabkannya "hilang hormat daripada ramai orang".
"Saya tidak merendahkan martabat wanita memandangkan saya mempunyai ramai perempuan dalam keluarga saya," ujar Encik Tan dalam salah satu catatan tersebut.
Encik Tan berkata beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan isterinya selama hampir 50 tahun dan mereka "pasangan yang setia".
"Tidak terdapat kecurangan atau skandal yang pernah berkait dengan rumah tangga
saya," tambahnya.
Beliau meminta orang ramai menilai dengan sendiri jika catatannya itu "memperguna atau merendahkan martabat wanita dalam apa-apa cara sekalipun", dan menuduh media "cuba membesar-besarkan perkara kecil".
Dalam sekeping gambar yang dimuat naik di halaman Facebooknya, Encik Tan berkata bahawa pujian yang tidak serius itu diberi kepada seseorang yang berpenampilan baik, sama ada seorang lelaki mahupun wanita, bukan untuk "merendahkan martabat" mereka.
Bercakap kepada penyokongnya, Encik Tan meminta mereka untuk "membalas hantaran yang berniat jahat sedemikian dan menyifatkannya sebagai berniat jahat dan bersikap menjengkelkan".
"Sebaliknya, anda juga boleh memberitahu mereka dengan baik bahawa hantaran TKL bersifat tidak serius. Ia merupakan sesuatu yang agak semula jadi untuk menghargai orang, kedua-dua wanita dan lelaki yang bertungkus-lumus untuk kelihatan menarik. Mereka layak untuk dipuji.
"Saya memilih untuk memuji wanita dan membiarkan kaum lelaki dipuji oleh mereka yang berlainan jantina."
Pada Jumaat lalu, Encik Tan diumumkan sebagai antara tiga bakal calon Presiden yang menerima Sijil Kelayakan bagi Pilihan Raya Presiden. Mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC Ng Kok Song turut layak untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden yang akan datang.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan ketika itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) menyatakan bahawa ia mengesahkan bahawa Encik Tan merupakan seorang "lelaki yang mempunyai integriti, keperibadian dan reputasi yang baik".
Pada Isnin, PEC mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak tahu tentang catatan media sosial Encik Tan Kin Lian sebelum Sijil Kelayakan diberikan kepadanya dan ia "tidak berhak di sisi undang-undang" untuk mengubah keputusannya.
Encik Tan dijangka menghantar kertas-kertas pencalonannya hari ini (22 Ogos).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.