Bakal calon Pilihan Raya Presiden ada cukup masa fail permohonan, kata ELD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) menjelaskan, calon Presiden mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menyerahkan permohonan kelayakan mereka dan membuat persiapan untuk bertanding.
Kenyataan itu dibuat ekoran catatan seorang bakal calon Tan Kin Lian di laman Facebook, bahawa proses pilihan raya itu terlalu tergesa-gesa.
Menurut ELD, permohonan dibuka lebih sebulan lalu sejak 13 Jun dan bakal calon sudah memulakan usaha mendampingi penduduk.
Untuk berlaku adil kepada semua bakal calon, permohonan bagi Sijil Kelayakan ditutup lima hari selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
Tambah ELD, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) akan menimbangkan semua permohonan.
Walaupun keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin depan (21 Ogos), pemohon mungkin dimaklumkan lebih awal sebaik sahaja keputusan telah diambil.
Belum ada calon yang dimaklumkan setakat ini.
ELD berkata, pihaknya juga mendapati terdapat beberapa tinjauan online diadakan mengenai calon yang dipilih responden.
Orang ramai diingatkan bahawa menerbitkan tinjauan sedemikian tidak dibenarkan semasa tempoh pilihan raya, yang berakhir pada 1 September.
Di bawah Akta Pilihan Raya Presiden, penerbitan hasil tinjauan pilihan raya semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan dengan hukumannya berbentuk denda tidak melebihi S$1,500, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.
Penerbitan mana-mana tinjauan pilihan raya atau ramalan keputusan pilihan raya sebelum pengundian ditutup pada Hari Mengundi juga adalah satu kesalahan dengan hukuman yang serupa.
Empat bakal calon yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding ialah mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; usahawan George Goh, 63 tahun; mantan ketua pegawai pelaburan GIC Ng Kok Song, 75 tahun dan mantan ketua eksekutif NTUC Income Tan Kin Lian, 75 tahun.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.