Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bahasa ibunda penting bagi warisan, jati diri kita: Chan Chun Sing

Bahasa ibunda memainkan peranan penting sebagai warisan dan jati diri rakyat Singapura.
 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bahasa ibunda memainkan peranan penting sebagai warisan dan jati diri rakyat Singapura.

Demikian menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing di majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman di HomeTeam NS (Khatib) pagi tadi (5 Nov).

"Bahasa ibunda menyatukan kita sebagai sebuah negara berbilang kaum. Kita bangga kerana perbezaan kita tidak menghalang kita untuk sama-sama berusaha sebagai sebuah negara," ujar beliau. 

Oleh itu, usaha baik guru-guru bahasa ibunda mesti diteruskan. 

Encik Chan berkata: "Keupayaan kita menggunakan dua bahasa membolehkan kita terus berdaya saing dan memberikan kita kelebihan dalam dunia global. Bahasa ibunda membantu kita menjalin hubungan yang lebih bersifat peribadi. Bahasa Inggeris pula membantu kita kekal relevan dalam bidang ekonomi."

"Untuk membolehkan pelajar-pelajar kita berhubung dengan dunia luar, mereka mesti dilengkapkan dengan pengetahuan dan asas yang kukuh dalam bahasa ibunda. Marilah teruskan usaha kita untuk memastikan bahasa ibunda menjadi bahasa yang hidup," tambah Encik Chan. 

Encik Chan turut menarik perhatian kepada penggunaan bahasa Inggeris yang semakin lumrah dalam kalangan keluarga Melayu.

Perkembangan itu menurut beliau telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan para pendidik bahasa Melayu

Maka itu, pendekatan dalam pembelajaran bahasa Melayu mesti disesuaikan mengikut keperluan generasi baru pelajar.

"Keperluan untuk menyuntik kegembiraan dalam pembelajaran bahasa Melayu penting untuk mengekalkan minat pelajar kita," kata Encik Chan.

Maka itu, keupayaan pendidik mesti berkembang mengikut peredaran perlu berubah mengikut masa.

Pandemik COVID-19, tambah beliau, telah membuka banyak peluang untuk para pendidik meningkatkan kemahiran dalam bahasa ibunda dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dalam pedagogi baru untuk lebih terlibat dalam pembelajaran anak didik mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan