Bahas Belanjawan 2024: 'Pesimis' jika hanya fokus pada kadar pengambilan SkillsFuture, kata DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin daripada CNA
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Selasa (27 Feb) mengingatkan Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) agar tidak bersikap "pesimis" terhadap kadar rendah pengambilan skim SkillsFuture. Beliau menyeru mereka untuk sebaliknya membuat saranan yang "baik, khusus" untuk memperbaiki situasi tersebut.
Encik Heng bertikam lidah buat seketika dengan Encik Gerald Giam dan Profesor Madya Jamus Lim daripada WP pada hari kedua perbahasan Belanjawan itu, apabila kedua-dua AP bertanya mengenai apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kadar pengambilan skim peningkatan kemahiran negara.
Soalan-soalan mereka diajukan selepas Encik Heng menyampaikan kenyataan selama lebih setengah jam mengenai pelbagai langkah yang sudah diambil Pemerintah dalam beberapa tahun ini untuk mengembangkan ekonomi dan bagaimana ia merancang untuk terus melakukan demikian.
Salah satu aspek adalah transformasi pekerjaan dan bagaimana pekerja meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan itu. Encik Heng juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.
"Kira-kira 192,000 rakyat Singapura menggunakan kredit SkillsFuture mereka pada 2022 bagi pembelajaran usaha diri. Ini menggalakkan," jelasnya, sambil menambah Belanjawan 2024 juga sudah memperkenalkan langkah-langkah untuk memperhalusi skim SkillsFuture.
Encik Giam, AP bagi GRC Aljunied, mengatakan bahawa tujuh daripada 10 rakyat Singapura tidak menggunakan kredit SkillsFuture mereka.
Mediacorp melaporkan tahun lalu bahawa kadar pengambilan kredit itu bahkan lebih rendah dalam kalangan belia - dengan lapan daripada 10 orang dewasa yang layak di bawah usia 30 tahun masih belum menggunakan kredit tersebut.
Disebabkan itu, Encik Giam bertanya sama ada Encik Heng mendapati ia berguna untuk memperluaskan penggunaan kredit SkillsFuture kepada bukan sekadar memberi subsidi kursus, bahkan juga untuk "memberi semua pelajar dan pekerja lebih banyak peluang (bagi melakukan) latihan amali dengan alat teknologi mendalam seperti AI (kecerdasan buatan)".
Encik Heng berkata bahawa terdapat pelbagai kursus yang sudah tersedia, dan menambah meskipun pekerja menentukan latihan masing-masing, "kesannya akan lebih besar jika mereka bekerjasama dengan syarikat mereka".
"Menajamkan semula kemahiran pekerja perlu dilakukan secara bersepadu dan bukan sedikit demi sedikit," kata Encik Heng.
Meskipun beliau berkata beliau tidak bersetuju dengan potensi manfaat skim SkillsFuture, Profesor Madya Lim bertanya bagaimana Pemerintah boleh memastikan bahawa kadar pengambilan skim itu akan bertambah baik dan mencapai matlamatnya untuk mempertingkatkan kemahiran.
"Atau adakah ia mendedahkan bahawa mungkin terdapat keraguan berterusan dalam kalangan pekerja kita tentang manfaat skim ini?" tanya Anggota Parlimen GRC Sengkang itu.
Encik Heng berkata beliau berharap Profesor Madya Lim "bukan seorang yang bersikap pesimis", sambil menambah bahawa keadaan itu boleh dilihat secara negatif atau positif.
Encik Heng berkata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Tenaga Manusia bersedia mempertimbangkan apa pun "cadangan yang khusus dan baik" mengenai cara memperluaskan penggunaan kredit tersebut.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.