Skip to main content

Singapura

Bahari Haron dipuji polis kerana bantu kejar, tangkap suspek jenayah

Pada sekitar 10.30 pagi 18 Mei lalu, Encik Bahari Haron ternampak seorang lelaki melarikan diri daripada seorang pengawal keselamatan yang memekik meminta bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bahari Haron dipuji polis kerana bantu kejar, tangkap suspek jenayah

Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis, Devrajan Balan, menyampaikan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam kepada Bahari Haron. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Pada sekitar 10.30 pagi 18 Mei lalu, Encik Bahari Haron ternampak seorang lelaki melarikan diri daripada seorang pengawal keselamatan yang memekik meminta bantuan.

Tanpa sikap teragak-agak, beliau terus mengejar lelaki berkenaan dan berjaya menahannya tidak lama kemudian.

Ternyata, lelaki berusia 32 tahun yang melarikan diri itu ada kaitan dengan perbuatan mencuri di sebuah pasar raya dekat Petir Road.

Bagi menghargai keberanian dan semangat membantu itu, Encik Bahari diberi pengiktirafan. Hari ini (10 Okt), beliau menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam dalam satu majlis yang diadakan di Divisyen Polis Jurong.

Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis, Devrajan Balan yang juga Komander Divisyen Polis Jurong memuji keberanian dan semangat membantu masyarakat yang ditunjuk oleh Encik Bahari dalam membantu polis menahan suspek tersebut.

"Sangat menggembirakan untuk melihat semangat kerjasama yang kukuh antara polis dengan masyarakat. Sikap berwaspada dan keberanian yang dipamerkan Encik Bahari memang sangat terpuji," kata AC Balan, yang menyampaikan sendiri anugerah tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita