Bahan terlarang dikesan pada 5 produk kesihatan ini
(Dari kiri) X-Gout, dcr Natural Herbs Honey Enzyme, KMS2 Dark Chocolate Mocha Botanical Beverage, Speedy Slim Capsules (Black) and Speedy Slim Capsules (Gold).
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran pada Khamis (30 Dis) selepas ujian-ujian yang dijalankan menemui bahan-bahan cemar yang berbahaya di samping bahan terlarang pada lima produk kesihatan.
Produk-produk tersebut yang dijual melalui wadah e-dagang dan media sosial menyebabkan kesan sampingan yang serius pada pengguna, menurut HSA dalam kenyataan medianya.
Orang ramai dinasihatkan supaya jangan membeli atau menggunakan produk-produk berikut - X-Gout, dcr Natural Herbs Honey Enzyme, KMS2 Dark Chocolate Mocha Botanical Beverage, Speedy Slim Capsules (Black) dan Speedy Slim Capsules (Gold).
"HSA sudah memaklumkan para pentadbir wadah-wadah itu supaya segera menurunkan produk-produk yang terjejas dan mengeluarkan amaran kepada penjual masing-masing," menurut penguasa itu.
NASIHAT KEPADA PENJUAL DAN PEMBEKAL PRODUK KESIHATAN
Para pengguna harus berhati-hati terhadap produk-produk yang membuat tuntutan berlebihan atau menjanjikan keputusan yang pantas tanpa diduga seperti menurunkan berat badan dengan pantas atau segera menghilangkan kesakitan. Ini kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan anda.
Para pengguna juga harus berhati-hati apabila membeli produk-produk sedemikian secara online atau melalui rakan-rakan yang berniat baik sekalipun kerana mereka tidak dapat memastikan di mana dan bagaimana produk itu dihasilkan dan sama ada rumusannya sudah diubah dengan bahan-bahan yang berbahaya.
Para penjual dan pembekal boleh didakwa. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga S$100,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.