Bahan psikoaktif baharu 'bukan isu besar', tetapi masih kebimbangan utama: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bahan psikoaktif baharu bukan isu besar di Singapura, tetapi boleh menjadi sedemikian jika tidak ditangani.
Demikian ditegaskan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang K Shanmugam pada Khamis (19 Mei).
Bercakap semasa satu segmen di stesen radio CNA938 pada Khamis(16 Mei), beliau berkata: "Ia merupakan satu kebimbangan besar yang kami jangkakan akan berlaku.
"Ia belum lagi satu isu besar di Singapura, tetapi jika kami tidak menanganinya, ia boleh menjadi satu isu besar."
Bahan psikoaktif baharu mendatangkan kesan yang serupa dengan yang dihasilkan oleh dadah terkawal seperti kokain, heroin dan ganja.
Antara tempoh 2014 hingga 2017, seramai 11 orang diberkas kerana menggunakan bahan psikoaktif baharu. Ini naik kepada 235 orang setiap tahun antara 2018 hingga 2022, jelas Encik Shanmugam.
"Jika kami tidak melakukan apa-apa, ia akan melonjak dengan ketara," tambahnya, sambil menambah bahawa pemerintah sedang meninjau bagaimana untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahan psikoaktif yang baharu.
Pada Mac 2023, parlimen meluluskan pindaan kepada undang-undang dadah Singapura untuk membanteras penggunaan bahan psikoaktif baharu dengan lebih berkesan. Bahan sedemikian kini diharamkan berdasarkan keupayaan untuk menghasilkan kesan psikoaktif, bukannya stuktur molekul mereka.
Pembekal dadah diketahui mengubah struktur molekul bahan psikoaktif baharu mengikut apa yang belum dikawal di bawah undang-undang tanpa mengubah kesan dadah, kata Encik Shanmugam pada Khamis.
"Sekarang kami perlu menggubal undang-undang untuk mengatakan tidak kira apa kompaun kimia yang tepat. Jika kesannya adalah sedemikian, maka ia masih di bawah undang-undang negara," ujarnya.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang itu menarik perhatian mereka semakin mula menyalahgunakan dadah pada usia yang muda. Salah satu sebabnya, jelas Encik Shanmugam, adalah mesej halus dalam budaya popular yang diamati orang muda, yang menyifatkan penggunaan dadah sebagai "glamor".
Lebih separuh daripada pesalah dadah baharu yang diberkas pada 2023 berusia di bawah 30 tahun, tekan Encik Shanmugam, dengan sebilangan daripada mereka berumur semuda 14 tahun.
Jika dilihat dari sudut yang lebih positif, Singapura telah mengawal masalah itu dan mengurangkan jumlah orang yang menyalahgunakan dadah, kata Encik Shanmugam.
"Tetapi adakah kami lebih cenderung memikirkan aspek yang negatif berbanding positif saja? Ia juga benar kerana masalahnya wujud dan orang ramai mula daripada usia yang lebih muda," katanya, sambil menambah bahawa mesej mengenai dadah perlu sampai kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.