Bahan pembakar mampan cabaran utama jadikan pengangkutan udara lebih mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menyatakan cabaran utama dalam menjadikan pengangkutan udara lebih mesra alam adalah memastikan bahan pembakar yang mampan tersedia di seluruh dunia.
Ini bermakna mewujudkan peluang sama rata bagi menyediakan rantau dan negara berbeza akses kepada projek bahan pembakar yang lebih bersih.
"Kami sedang berganding bahu dengan pihak-pihak berkepentingan lain demi mengenal pasti apakah peranan yang boleh kami mainkan untuk menyediakan wadah, mewujudkan ruang di mana kami boleh menghubungkan syarikat-syarikat tenaga dari segi permintaan dan pelaburan," kata Encik Juan Carlos Salazar, Setiausaha Agung, ICAO.
Menyifatkan Singapura sebagai pengamalnya, Encik Salazar berkata negara ini membantu negara-negara anggota lain untuk memahami dengan lebih baik perjalanan bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Misalnya, dasar-dasar yang akan mendorong lebih banyak pihak untuk mengamalkan penggunaan bahan pembakar mampan bagi penerbangan.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.