Bahan dalam pokok teh hijau mungkin berupaya banteras penyakit batuk kering
Bahan antioksidan yang ditemui dalam pokok teh hijau mungkin menjadi anak kunci kepada usaha membanteras penyakit batuk kering (TB) pada suatu hari nanti.
SINGAPURA: Bahan antioksidan yang ditemui dalam pokok teh hijau mungkin menjadi anak kunci kepada usaha membanteras penyakit batuk kering (TB) pada suatu hari nanti.
Demikian dapatan sebuah pasukan saintis antarabangsa yang dipimpin Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Kajian para penyelidik di makmal mendapati kompaun epigallocatechin gallate atau EGCG dapat mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan batuk kering.
EGCG bertindak demikian dengan bergabung pada enzim yang menyediakan tenaga bagi kegiatan selular.
Reaksi tersebut menyebabkan tahap tenaga dalam bakteria merosot, menghalangnya daripada terlibat dalam proses penting bagi pertumbuhan dan kemantapan sel.
Pasukan itu sudah memfailkan paten mengenal pasti kompaun EGCG sebagai kemungkinan rawatan bagi TB.
TB sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dengan hampir empat juta kes baru TB dikesan setiap tahun, di Asia Tenggara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.