Bahagian mesin terdedah, simpan perkakas sembarangan antara kelemahan dikesan dalam sektor kerja logam
(Gambar: MOM)
MOH menyatakan pada Khamis (21 Dis) bahawa ia prihatin terhadap isu tersebut selepas industri sektor kerja logam menyumbang lebih 40 peratus kepada kecederaan serius dan kematian dalam industri pengilangan pada separuh pertama 2023.
Antara kelemahan-kelemahan yang dikesan adalah tangga yang tidak selamat dan kekurangan penghadang keselamatan atau pagar untuk bahagian terbuka di mana seseorang mungkin boleh terjatuh lebih daripada 2m.
Bahan-bahan dan paip-paip didapati sama ada disimpan dengan tidak betul tanpa rak penyimpanan, atau rak-rak yang terlebih muatan.
Keselamatan kenderaan juga menimbulkan keprihatinan, dengan beberapa forklift didapati sudah haus, dengan bahagian yang rosak atau hilang.
MOM juga menasihatkan para pekerja supaya mematuhi amalan-amalan keselamatan dan mengelak daripada mengendalikan mesin yang mereka tidak terlatih untuk menggunakannya.
Kementerian itu menjalankan lebih 650 pemeriksaan antara Oktober dengan November, mengenakan denda berjumlah S$32,000. Ia juga mengeluarkan 498 notis ketidakpatuhan dan mengenakan mata demerit terhadap 14 syarikat kerja logam.
Sistem mata demerit sudah diperluaskan daripada sektor binaan kepada sektor pengilangan pada Oktober lalu. Syarikat yang mencatatkan 25 mata demerit akan digantung selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan permohonan untuk semua jenis pas kerja untuk pekerja hijrahan akan ditolak oleh MOM
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.