Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bagaimanakah untuk galak warga S'pura berumah tangga dan mendakap alam keibubapaan?

Kadar kesuburan negara Singapura jatuh kepada 1.16 pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2019 09:26PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 09:54PM

SINGAPURA: Kadar kesuburan negara Singapura jatuh kepada 1.16 pada 2017.

Jumlah itu jauh lebih rendah daripada kadar mengekalkan jumlah penduduk iaitu 2.1.

Antara maklum balas yang ingin diperolehi Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) melalui satu siri sesi rundingan awam adalah bagaimana seseorang itu boleh digalak untuk berumah tangga dan mendakapi alam keibubapaan.

Sesi pelibatan masyarakat pertama bermula hari ini (20 Apr) melalui laman keibubapaan, heybaby.sg, yang dikendalikan pemerintah.

Di bawah seksyen baru dalam portal itu, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai cara untuk membuat negara ini mesra keluarga.

Pada bulan-bulan mendatang, orang ramai juga boleh memberikan pandangan mereka menerusi online, di acara-acara masyarakat, bengkel dan dialog.

"Ideanya adalah bukan dasar-dasar saja yang boleh membuat Singapura sebuah tempat yang mesra keluarga. Bagaimanakah keluarga mahu disokong? Tidak kira di tempat kerja atau adakan kegiatan sukan, kami mahu mengumpulkan maklum balas ini," kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo.

Pada 2017, pemerintah menambahkan jumlah cuti bapa kepada dua minggu selaras dengan langkah untuk menyokong lebih ramai ibu bapa muda.

Namun, mereka yang ditemui Mediacorp memberitahu bahawa lebih banyak yang boleh dilakukan di tempat kerja.

Segelintir juga berkongsi bahawa penting untuk memupuk budaya mementingkan keluarga dalam rumah itu sendiri.

Ada juga yang menambah bahawa pasangan muda mungkin lebih rela untuk mempunyai anak jika masyarakat pada keseluruhannya memberikan lebih banyak sokongan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan