Bagaimanakah SG pantau paras radiasi dalam air, darat dan udara?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/David Goldman)
SINGAPURA: Peralatan baharu yang akan digunakan tahun depan akan membuat ujian untuk mengesan radiasi dalam persekitaran Singapura lebih tepat dan pantas.
Ia adalah sebahagian usaha berterusan untuk bersiap siaga menghadapi insiden nuklear yang mungkin berlaku berdekatan Singapura.
Usaha untuk meningkatkan keupayaan Singapura itu dilakukan di tengah-tengah kebimbangan serantau baru-baru ini, apabila air sisa dilepaskan dari loji nuklear Fukushima, Jepun, yang musnah akibat tsunami.
Mesin baharu itu akan dapat mengesan sebatian radioaktif walaupun dalam jumlah yang amat kecil mengikut garis panduan antarabangsa.
Ini bermakna, ia dapat mengesan lebih baik bagi tritium, bahan radioaktif utama yang terdapat dalam air sisa yang dilepaskan dari Fukushima.
"Dengan menambah baik had pengesanan, kami berharap dapat memantau sebarang naik turun dan peningkatan dengan lebih cepat, serta mengesan sebarang perkara yang luar biasa secepat mungkin," kata Cik Angela Tan, ketua Makmal Radiokimia Negara, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Makmal tersebut mengukur air hujan dan air laut bagi tahap radioaktiviti seperti pemancar alpha, pemancar beta serta pemancar sinar gamma, tambanya.
Buat masa ini, terdapat sembilan tapak di mana sampel diambil, termasuk yang terletakdekat dengan ladang ikan tempatan, serta Selat Singapura.
MENGESAN ZARAH RADIASI
Selain memantau radiasi dalam air, NEA juga meneliti radiasi di darat dan udara.
Setakat ini, semua paras radiasi berada pada paras semula jadi tanah dan air laut yang dikumpulkan di seluruh Singapura, dedah agensi itu.
Buat masa ini, 10 alat yang dipasang di merata negara mampu "menghidu" udara pada setiap saat untuk memeriksa kehadiran zarah radiasi.
Berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama, rangkaian stesen tersebut memberi amaran awal tentang ancaman tidak dapat dilihat, yang mungkin hanyut dari sekitar rantau ini.
Untuk meningkatkan pengesanan, pihak berkuasa juga merancang untuk memantau dari tempat lebih tinggi di langit, menggunakan dron.
NEA menyatakan ia sedang bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menjalankan percubaan dalam tempoh dua tahun akan datang, untuk menggunakan dron.
KEUPAYAAN PEMANTAUAN NEA
Program pemantauan agensi tersebut bermula pada 2019.
Pemantauan asas radioaktif pada alam sekitar adalah sangat penting kerana radiasi tidak boleh dikesan melalui deria manusia," kata ketua Cawangan Pemantauan dan Pemodelan Radiasi NEA, Jasmine Foo.
Beliau menambah bahawa tahap radiasi yang tinggi boleh memudaratkan kesihatan, dan pemantauan garis dasar serta mencatat variasi memutuskan tindakan yang akan diambil pada masa depan.
Agensi Makanan Singapura (SFA) pula menyatakan makanan laut diiport dari Jepun setakat ini adalah selamat.
Menurut SFA, import makanan Jepun membentuk kurang daripada 1.5 peratus makanan laut yang diimport setiap tahun sepanjang sedekad lalu.
Meskipun demikian, agensi itu juga sedang meningkatkan keupayaannya.
Ia akan menggunakan sistem pengimejan sinar gamma mudah alih yang mampu melakukan pemeriksaan radiasi di lokasi, kata ketua radiokimia di Pusat Kebangsaan Sains Makanan SFA, Ken Lee.
"Sebaik sahaja konsainan makanan dikesan positif, ia boleh segera ditutup dan dikuarantin, untuk mengelakkan pencemaran merebak kepada kakitangan dan kemudahan serta gudang," kata Encik Lee.
Sistem tersebut akan digunakan bersama makmal mudah alihnya dalam bentuk van, yang sudah digunakan di acara berskala besar seperti Chingay dan Perbarisan Hari Kebangsaan untuk menguji penyakit bawaan makanan.
Sekiranya berlaku kemalangan nuklear yang tidak dijangkakan di luar negara, van tersebut boleh dihantar ke pelabuhan untuk menjalankan ujian radiasi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.