Bagaimana kategori matang, belum matang flat HDB bermula?
Gambar fail flat HDB. (Gambar fail: TODAY/Ooi Boon Keong)
- Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mewujudkan kategori estet matang dan belum matang pada 1992
- Estet matang adalah di kawasan dengan ruang tanah yang terhad dan permintaan tinggi, manakala estet belum matang terletak di kawasan dengan lebih banyak ruang tanah tetapi kurang kemudahan
- Singapura mempunyai 27 estet dan bandar HDB; 15 daripadanya dikategorikan sebagai matang dan 12 belum matang
- Kategori itu penting dalam proses pengundian untuk memberi keutamaan kepada pembeli kali pertama dan pemohon yang sebelum ini gagal mendapatkan flat selepas mengundi
- Sejak itu, perbezaan antara dua jenis estet tersebut menjadi kurang jelas sedang bandar-bandar matang menjadi lebih membangun dengan ketersambungan lebih baik serta lebih banyak kemudahan
SINGAPURA: Sejak awal 1990-an, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menggunakan rangka kerja mudah untuk memberi panduan kepada orang awam semasa membeli flat: Dengan membezakan antara estet matang dan belum matang.
Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (20 Ogos).
"Rangka kerja ini mudah difahami dan berkesan untuk bertahun tahun lamanya," kata beliau.
Meletakkan estet dalam kategori sedemikian bermula pada 1992 di samping perubahan kepada proses pengundian untuk memberi keutamaan kepada pembeli kali pertama dan pemohon yang gagal dalam permohonan mereka sebelum itu.
Disebabkan jumlah orang yang memiliki flat bertambah tetapi membuat permohonan untuk membeli rumah lebih besar, sistem tempahan HDB perlu disesuaikan untuk memberi keutamaan kepada pemohon kali pertama di bandar-bandar baharu atau sekarang dikenali sebagai estet belum matang, yang masih dibangunkan.
Estet-estet juga dikategorikan sebagai matang dan belum matang berdasarkan bekalan tanah bagi pembangunan.
Flat BTO di estet-estet sedemikian lazimnya lebih popular dan dijual pada harga lebih mahal untuk mencerminkan lokasinya yang perdana dan permintaan tinggi.
Seperti nama yang diberikan, estet matang dibangunkan lebih awal daripada estet belum matang. Ini bermakna penduduknya akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan seperti pusat beli-belah, sekolah dan taman yang sudah dibangunkan sejak beberapa tahun sebelum itu.
Terdapat 15 estet matang di Singapura, termasuk Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Timah, Marine Parade, Serangoon dan Tampines.
Estet belum matang pula, merujuk kepada lokasi-lokasi di mana terdapat lebih banyak ruang tanah bagi pembangunan perumahan awam.
Flat di estet-estet ini, yang biasanya jarang terletak di kawasan pusat bandar dan kurang kemudahan, dijual pada harga lebih termampu.
Terdapat 12 estet belum matang di Singapura, seperti Bukit Panjang, Punggol, Jurong West, Sengkang, Woodlands dan Yishun.
Ini tidak tertakluk kepada permohonan gagal bagi BTO di estet matang.
Sekalipun demikian, PM Lee menarik perhatian dalam ucapan beliau bahawa dengan landskap perumahan yang berubah-ubah, perbezaan antara estet matang dan belum matang semakin tidak jelas, sedang estet belum matang lebih membangun.
Apa yang dahulunya dilihat sebagai kawasan flat yang dikelilingi tanah lapang, estet-estet belum matang kini sudah dibangunkan dengan lebih banyak kemudahan dan prasarana pengangkutan.
Bandar eko pertama Singapura di Punggol adalah contoh estet belum matang yang kini sudah dibangunkan dengan ciri-ciri eko inovatif seperti lokasi pusat bagi pelupusan bahan kitar semula untuk menggalak tabiat kitar semula serta sistem pengumpulan air hujan bagi pemuliharaan air.
Terdapat juga ruang-ruang untuk masyarakat dan aktiviti riadah berasaskan air di Punggol Waterway.
Estet-estet ini pilihan lebih popular dalam kalangan pembeli rumah disebabkan lokasinya di tengah bandar, dengan ketersambungan pengangkutan lebih baik serta kedudukannya yang lebih dekat dengan pelbagai kemudahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.