Skip to main content

Singapura

Bagaimana anjing polis dilatih kesan dadah, bahan letupan, orang yang hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana anjing polis dilatih kesan dadah, bahan letupan, orang yang hilang

Gambar: CNA/Gaya Chandramohan

Diterbitkan : 27 Mar 2022 09:37PM Dikemas Kini : 27 Mar 2022 09:39PM

SINGAPURA: Seperti yang sedia maklum, anjing mempunyai deria bau yang sangat sensitif.

Bagi anjing polis, haiwan itu dilatih untuk menggunakan derianya bagi mengesan pelbagai bau sasaran termasuk dadah, bahan letupan dan mayat manusia.

Inca, misalnya ialah anjing pengesan narkotik jenis labrador yang berusia dua tahun.

Sebaik sahaja mengesan bahan narkotik, ia akan segera berhenti kaku sebagai isyarat kepada jurulatihnya.

Pengendalinya, Sarjan Ketiga, Aloysius Ho, membalas kerja baik anjing itu dengan pujian "Goooood boy!" serta melemparkan bola getah berwarna kuning ke arahnya.

Related article image
Gambar:CNA/Gaya Chandramohan

Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali sebagai K9 Polis memberi pujian positif untuk melatih anjing setiap kali ia melakukan tingkah laku yang diinginkan.

Unit K-9 Polis mempunyai sebanyak 240 ekor anjing terlatih untuk mengesan narkotik,selain bahan letupan, mencari suspek atau orang yang dilapor hilang selain membantu dalam tugas rondaan dan menjaga keselamatan.

Unit K-9 sudah mengendalikan sekitar 100 kes setiap tahun sejak tiga tahun lalu, menurut polis.

Salah satu kes itu berjaya dihuraikan dengan pelibatan Dash, seekor anjing jenis labrador hitam berusia lima tahun.

Related article image
Gambar: CNA/Gaya Chandramohan

Pada Oktober 2020, polis dimaklumkan selepas seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Bukit Timah Road.

Dash mengesan sesuatu di bawah kerusi pemandu.

Polis menemui 31 beg berisi "serbuk berwarna coklat" dan kantung mengandungi "bahan kristal" yang dipercayai adalah dadah terkawal.

Dalam satu lawatan media ke pusat K-9 di Choa Chu Kang, Dash mempamerkan ketangkasannya dengan berjaya mengesan seseorang yang membawa dadah.

Di dalam sebuah bilik latihan yang lain, Koby seekor anjing jenis English springer spaniel, pula sedang mencari bahan letupan.

Anjing itu kelihatan takut-takut dan memerlukan dorongan daripada jurulatihnya, Inspektor Stesen, See Toh Wai Leng.

Related article image
Gambar: CNA/Gaya Chandramohan

Selepas memeriksa beberapa peti, Koby berhenti di sebuah peti berwarna merah dan meletakkan tangannya di atas peti itu sebagai isyarat kepada jurulatihnya bahawa barangan yang dicari berada "di sini".

Inspektor Stesen, See Toh menambah bahawa beliau harus memastikan anjing itu boleh memberikan respons "dengan pantas dan selamat". Untuk melakukan demikian, beliau harus memastikan Koby mendapat rehat secukupnya dan dijauhkan daripada bahaya.

"Proses melatih anjing sama seperti membesarkan anak. Ia memerlukan banyak kesabaran dan dedikasi. Namun, kepuasannya tidak ternilai."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita