Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan sosial SG kumpul lebihan makanan musim perayaan bagi elak pembaziran

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Feb 2025 07:12PM Dikemas Kini : 09 Feb 2025 10:16PM
SINGAPURA: Perayaan Tahun Baharu Cina hampir berakhir, dengan sesetengah pihak mencari cara-cara kreatif untuk memastikan limau serta kudapan yang belum terjual, tidak dibazirkan.

Lantas, bukan sahaja golongan memerlukan dapat menikmatinya, para pembeli lebihan makanan sedemikian juga dapat menikmati penjimatan kos.

Sebagai contoh, limau-limau mandarin yang masih elok untuk dimakan tetapi kulitnya tidak kelihatan sempurna.

Justeru, ia tidak sesuai untuk diberikan kepada orang lain sempena Tahun Baharu Cina.

Di sebuah kafe dan kedai sifar sisa tempatan, Unpackt, buah limau yang kurang sempurna itu dijadikan sebagai air sirap untuk menghasilkan minuman soda buah-buahan dan jem.

Menurut pemiliknya Florence Tay, terdapat permintaan yang meningkat untuk lebihan makanan sedemikian yang dikumpulkan oleh syarikatnya.

Penjualan limau mandarin meningkat 20 peratus tahun ini berbanding musim perayaan lalu.

Sementara itu, Bank Makanan Singapura pula mengumpulkan pelbagai kudapan Tahun Baharu Cina yang tidak terjual, seperti kuih kapit dan biskut.

Ia akan diagihkan kepada golongan memerlukan daripada lebih 100 pertubuhan sosial.

"Banyak isi rumah, terutama kaum Cina, akan mengemas dapur mereka jelang Tahun Baharu Cina. Jadi mereka mungkin mendapati ada lebihan makanan yang tidak lagi ingin disimpan, tetapi masih mempunyai tempoh masa yang baik sebelum melangkaui tarikh luput," kata Pengarah Eksekutif, Bank Makanan Singapura, Dr Arthur Chin.

"Jadi semua jenis makanan - minyak masak, makanan dalam tin, mi segera. Sejujurnya, pelbagai jenis makanan terdapat di gudang kami," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan