Badan pemantau persaingan prihatin ketelusan harga tempahan pelancongan online
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menyarankan senarai garis panduan bagi meningkatkan lagi ketelusan harga.
SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menyarankan senarai garis panduan bagi meningkatkan lagi ketelusan harga.
Langkah itu akan mengelakkan daripada mengelirukan para pengguna dan bakal meliputi semua perusahaan yang melibatkan pengguna.
Suruhanjaya tersebut menyatakan sebarang bayaran atau yuran mesti dimasukkan dalam harga keseluruhan.
Pembekal harus memastikan sebarang perbandingan harga, apabila dilakukan dengan pembekal lain, mesti tidak salah atau mengelirukan.
Apabila istilah "percuma" digunakan, syarat-syaratnya mesti dinyatakan dengan jelas.
Senarai garis panduan tersebut disarankan sedang lebih ramai pengguna Singapura menggunakan wadah online untuk membandingkan dan membeli produk-produk berkaitan pelancongan serta tempahan.
Oleh itu, para pembekal tempahan perjalanan secara online perlu mengadakan amalan-amalan meletakkan harga yang lebih telus.
Orang ramai boleh memberi maklum balas mengenai garis panduan berkenaan sehingga 21 Oktober ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.